Wednesday 20 July 2016

Sumbangan Uggah Dalam Perladangan Diiktiraf


Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas kelmarin menerima Anugerah Fellowship of Incorporated Society of Planters sebagai mengiktiraf sumbangan beliau dalam industri perladangan negara.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi ISP Datuk Daud Amatzin sempena dengan Majlis Makan Malam Seminar ISP ke-12 di sini, malam kelmarin.

Beliau dalam ucapannya semalam berkata sepanjang tiga tahun sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi beliau mencatat kejayaan individu dan kementeriannya dalam industri itu.

“Pada November tahun lepas telah termeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi penubuhan Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) yang sebelum itu telah dimuktamadkan pada Oktober 2015.

“Hari ini, ibu pejabat CPOPC berpangkalan di Jakarta, Indonesia bagi menambah lebih banyak kejayaan lakaran dunia dalam sektor perladangan kelapa sawit,” katanya.

Setakat ini, Malaysia dan Indonesia menyumbang sebanyak 85 peratus daripada pengeluaran minyak sawit dunia.

Antara lain tujuan penubuhan CPOPC termasuk mempromosi perundingan pembangunan industri minyak sawit dalam kalangan pemegang berkepentingan dalam negara penanam sawit.

Juga meningkatkan kebajikan pekebun kecil sawit dan membangun serta mewujudkan rangka kerja global mengenai prinsip minyak sawit mapan.

Uggah menjelaskan bahawa kerajaan memandang serius usaha dalam membangunkan industri sawit seluruh negara dalam menempuh cabaran alaf abad ke 21.

Sebelum itu, beliau menyelar dakwaan masyarakat dunia beberapa tahun yang lepas mendakwa Malaysia mengambil buruh kanak-kanak.

“Saya maklumkan kepada mereka bahawa di Malaysia ia menjadi tradisi di mana sewaktu kanak-kanak lagi mereka akan membantu ibu bapa mereka untuk meneruskan kehidupan.

“Saya sendiri semasa berumur 10 tahun pergi ke kebun bersama kedua-dua orang tua saya untuk menoreh getah dan ia bukan buruh kanak-kanak dan ia juga bukan dipergunakan,” tegasnya.

Pada majlis yang sama Anugerah Datuk Leslie Davidson untuk ‘Best Technical Article (2015) bertajuk ‘Dry Matter Production of Havea Clone PB 260’ kepada Chan Weng Hoong yang menerima replika cek RM10,000.

Juga Chung Gait Fee yang menerima replika cek RM5,000 bagi anugerah yang sama bagi artikel bertajuk ‘The Control of Swamp Giant Rat (Sundamys Muelleri) (Jentik), Muridae, Rodentia) Infestation by Shooting’.

Sementara bagi Anugerah Gerry Tilley disampaikan kepada Jaya Raj Balasubramaniam dengan penyampaian replika cek bernilai RM5,000. - UB

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List