Bagaikan tiada modal lagi, kejadian musibah banjir yang melanda Sarawak dilihat turut dijadikan kesempatan oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab untuk memburukkan nama Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem.
Mesej yang disebarkan di media sosial sejak semalam mendakwa, Ketua Menteri Sarawak telah mengumumkan hari ini (10/02/2016) yang semua rakyat di negeri ini diberi cuti umum kerana bimbang keselamatan mereka kerana paras air dijangka naik 10 meter di Sungai Sarawak berikutan pintu air di baraj tidak dapat ditutup kerana air laut pun naik 10 meter.
Bimbang akan kejadian buruk yang tidak diingini, Ketua Menteri kononnya membuat pengumuman ini dan menasihati semua rakyat di seluruh Negeri Sarawak berjaga-jaga.
Pejabat Ketua Menteri menerusi Setiausaha Akhbar Ambrose Cheng dalam satu kenyataan media menafikan "pengumuman cuti umum" pada 10.02.2016 secara meluas oleh Ketua Menteri adalah tidak benar.
"Ianya (sebaran pengumuman cuti umum) dilakukan dengan niat yang tidak baik," katanya.
"Ketua Menteri walaubagaimanapun, menasihati agar penduduk sentiasa berwaspada serta mengikuti arahan pihak berkuasa dari Bilik Operasi supaya sentiasa didalam keadaan selamat sekiranya situasi banjir melanda kawasan mereka. Sekiranya diarah berpindah, mereka harus mengikut arahan tersebut demi untuk keselamatan mereka," tambah Ambrose lagi.
"Ketua Menteri walaubagaimanapun, menasihati agar penduduk sentiasa berwaspada serta mengikuti arahan pihak berkuasa dari Bilik Operasi supaya sentiasa didalam keadaan selamat sekiranya situasi banjir melanda kawasan mereka. Sekiranya diarah berpindah, mereka harus mengikut arahan tersebut demi untuk keselamatan mereka," tambah Ambrose lagi.
Persoalannya, mengapakah taktik yang sekotor sebegini dipergunakan oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawap dalam usaha untuk memburukkan nama Ketua Menteri?
Jawapannya mudah, sebab Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 (PRN11) sudah dekat dan untuk "menyerang" Adenan secara terus (isu yang semasa yang lain) dianggap tidak akan memberi sebarang impak kerana populariti beliau kini adalah di tahap yang kemuncak disebabkan kebanyakkan isu semasa di Sarawak telah ataupun sedang ditangani.
Maka taktik memainkan perasaan rakyat terutamanya mangsa yang terjejas akibat banjir agar mereka "rasa marah" kepada kerajaan seolah-olah kerajaan dan Ketua Menteri tidak ambil kisah dengan kebajikan mereka.
Adenan melawat salah satu daripada Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di Kuching baru-baru ini |
Namun begitu, rakyat Sarawak tidak mudah tertipu akan taktik tersebut kerana umum tahu pada hari pertama Sarawak dilanda banjir (hari Isnin lepas) lagi Ketua Menteri telah pun turun padang melawat sendiri pusat pemindahan banjir bagi memastikan kebajikan semua mangsa banjir terjaga.
“Saya mahu memastikan setiap mangsa banjir menerima bantuan yang sepatutnya,” tegas Adenan.
Jadi kepada dalang yang menyebarkan mesej palsu tersebut, ketahuilah, usaha anda adalah sia-sia belaka dan hanya menambah rasa kebencian dan "ingga" rakyat kepada pihak "sebelah sinun". -UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®