Tuesday 17 March 2015

Suspek "Road Bully" Jalan Demak Diberkas


KUCHING: Kurang dari 12 jam kes "road bully" di Jalan Demak di sini berlaku dimana seorang lelaki dipukul tanpa belas kasihan oleh dua suspek, polis berjaya memberkas mereka yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching SUPT Entusa Imam mengesahkan penangkapan berkata, bertindak diatas maklumat, sepasukan anggota polis dari Cawangan D7 Ibu Pejabat Daerah Kuching dengan bantuan MPV telah membuat serbuan di sebuah rumah di Kampung Bako lebih kurang jam 2 pagi.

"Dalam serbuan tersebut, tiga suspek yang berusia 21-tahun (dari Kampung Bako Ulu, Kuching), 26-tahun (dari Bandar Baru Samariang, Kuching) dan 27 tahun (juga dari Kampung Bako, Kuching) telah ditangkap."

"Pihak polis masih dalam usaha mengesan suspek-suspek yang lain yang masih bebas. Kesemua suspek akan di bawa ke mahkamah untnk permohonan reman untuk siasatan lanjut," jelas Entusa lagi.

Semalam, seluruh warga netizen, khususnya di Malaysia dikejutkan dengan rakaman video berdurasi selama 56 saat dimana seorang kontraktor berusia 46-tahun dari Batu 4 1/2 di sini dipukul dengan menggunakan helmet telah menjadi viral di media sosial. (klik sini) - Sarawakiana 

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List