Satu rombakan Kabinet negeri akan dibuat selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 nanti dan beberapa orang wakil rakyat Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) yang baru dijangka akan disenaraikan di dalam Kabinet negeri.
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Datuk Patinggi Haji Adenan Satem dalam ucapannya berjanji akan menyenaraikan beberapa orang wakil rakyat di dalam Kabinet Negeri setelah mengadakan rombakan kabinet selepas PRN Sarawak ke-11 nanti.
Adenan, yang juga Pengerusi BN Negeri berkatan demikian dalam ucapannya di Perhimpunan Agung Tiga Tahun Sekali SPDP di Bintulu hari ini.
"Jawatan Kabinet tidak boleh diberikan kepada wakil-wakil SPDP sekarang kerana wakil rakyat yang bersama-sama dengan SPDP telah meninggalkan untuk menyertai parti lain."
Dalam PRN Sarawak ke-10 yang lepas, SPDP bertanding lapan kerusi dan memenangi enam, iaitu Bekenu, Tasik Biru, Marudi, Batu Danau, Pakan dan Meluan sementara tewas dalam pertandingan di Ba'Kelalan dan Krian.
Lima daripada wakil rakyat, iaitu Hajah Rosey Yunus (Bekenu), Datuk Peter Nansian (Tasik Biru), Datuk Sylvester Entrie (Marudi), Paulus Gumbang (Batu Danau) dan Tan Sri Datuk Seri William Mawan (Pakan), yang juga bekas Presiden SPDP telah menyertai parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) manakala Wong Judat (Meluan) menyertai parti Pekerja Sarawak (SWP).
Hampir semua bekas wakil rakyat SPDP (kini Teras) memegang jawatan dalam Kabinet Sarawak sekarang.
Baru-baru ini, Presiden Teras Tan Sri Datuk Seri William Mawan telah membuat permohonan agar Teras menyertai BN pusat.
Baru-baru ini, Presiden Teras Tan Sri Datuk Seri William Mawan telah membuat permohonan agar Teras menyertai BN pusat.
Turut hadir pada majlis tersebut adalah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Presiden BN dan Pemangku Presiden SPDP Datuk Seri Tiong King Sing.
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®