Friday, 28 November 2014

Kami Tidak Mahu "Peliwat" Datang Ke Santubong


"Anwar Ibrahim nak berceramah di Kampung Santubong?, Please (tolong) lah, kami tak nak "peliwat" datang ke sini, kalau pelawat tu, kami alu-aluan tapi kalau "peliwat", minta maaflah, sila jangan singgah."

Itu adalah reaksi spontan jawapan yang diberi oleh salah seorang pemuda dari Kampung Santubong di Kuching ini apabila dimaklumkan ura-ura Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melawat ke sana pada hari Ahad ini (November 30).

"Cukuplah Anwar mempermainkan rakyat di Selangor (isu Menteri Besar Selangor) dan di negeri-negeri yang lain di Semenanjung, janganlah nak menganggu-gugat ketenteraman di Sarawak pulak," luahnya lagi.

Anwar, yang juga adalah Ketua Umum Ketua Pembangkang kini dikatakan dalam siri jelajahnya ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak mengenai perbicaraan kes liwat II ke atas bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari.

Menurut sumber, antara destinasi di Sarawak yang dijadualkan untuk ceramah Anwar adalah di Miri dan Kuching, di mana Miri akan menjadi lokasi pertama ceramahnya sebelum di Kampung Santubong, Kuching.

Sumber juga mendedahkan, antara barisan pemimpin PKR yang akan bersama beliau di ceramah-ceramah tersebut adalah Nurul Izzah, Saiful Nasition, Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian dan lain-lain lagi.

Berbalik kepada perbualan yang admin UnReportedNews™® dengari di sebuah kedai kopi pagi tadi, pemuda tersebut juga menyatakan keyakinannya akan ceramah Anwar itu nanti pasti tidak akan mendapat sambutan.

"Paling-paling pun, PKR akan mengimport penyokong-penyokong tegar PKR dari kawasan lain untuk "memeriahkan suasana" ceramah tersebut dan menyebarkan gambar-gambar berkenaan yang kononnya Anwar mendapat "sambutan luarbiasa" walhal situasi sebenar adalah sebaliknya."

"Kalau Anwar datang, memang begitu kesudahannya nanti, tengoklah .. aku dah lali sangat dengan mainan PKR ini," katanya kepada rakan-rakannya yang disambut dengan gelak ketawa. -UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List