Tuesday 23 September 2014

Tak Dapat Jadi MB, Jijah Dilantik Menjadi Exco Selangor?


BERKEMUNGKINAN Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan dilantik sebagai ahli exco kerajaan negeri bergantung kepada perbincangan Azmin dengan pihak berkenaan. 

Menurut Azmin, siapa Exco dalam pentabirannya akan dibuat Khamis ini manakala majlis angkat sumpah pada Jumaat ini. 

"Jadi saya tidak sebut siapa akan dilantik dan kemungkinan dilantik," kata beliau pada sidang media di sini sebentar tadi. 

Mengenai empat EXCO PAS yang baru-baru ini kekal dalam kerajaan pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim , Azmin berkata hal berkenaan juga akan dibincangkan. 

Terdapat 10 orang ecxo semasa pentabiran Khalid iaitu sebanyak tiga dari PKR, tiga DAP dan empat PAS. Speaker pula dari DAP manakala timbalan Speaker dari PKR.

Azmin menegaskan keutamaan kepada beliau ialah membawa Selangor keluar daripada kemelut yang telah berpanjangan selama sembilan bulan sehingga menjejaskan perpaduan di dalam Pakatan Rakyat. 

Beliau akan mengkaji semula perjanjian pengambilalihan industri air serta perjanjian lain yang dibuat semasa pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum membuat apa-apa keputusan. 

"Beri saya masa untuk semak," kata beliau.

Beliau juga menolak andaian dan kebimbangan sesetengah pihak beliau akan menjadi Menteri Besar kawalan jauh atau ' remote control' oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.-Sarawakiana

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List