Tuesday, 23 September 2014

Azmin Pilihan Utama Anwar Jadi MB Selangor Bukan Jijah


PETALING JAYA: Walaupun mendapat perkenan pihak istana untuk mengisi kerusi Menteri Besar Selangor, beberapa pihak mendakwa pelantikan Mohamed Azmin Ali bermakna matlamat ketua pembangkang kini sudah tercapai.

Malahan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dikatakan menjadi pilihan utama Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak awal lagi untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Mantan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri Prof Dr Mohammad Fairus Khairuddin pula berkata, menjadi strategi Anwar untuk mengusulkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar.

“Hakikatnya memang itulah strategi Anwar kerana memang sekian lama dia mahukan Azmin menjadi MB.

“Segala yang lain hanyalah lakonan sahaja untuk mencipta diversion (mengalih perhatian) dan apabila Azmin diangkat menjadi MB, semakin lengkaplah kerosakan terhadap Selangor dari segi kepentingan Islam dan Melayu,” katanya kepada mStar Online, Isnin.

Fairus berkata, usaha mengalih perhatian dengan usul pelantikan Presiden PKR itu hanya untuk memudahkan laluan Azmin dilantik sebagai menteri besar.

“Bagaimanapun, dalam hal ini istana tidak bersalah apa-apa pun,” katanya.

Sementara itu, bekas Setiausaha Sulit ketua umum PKR itu, Anuar Shaari berkata, Azmin adalah pilihan tepat bagi melaksanakan agenda Anwar.

“Agenda Anwar tetap untuk memenuhi cita-citanya menjadi Perdana Menteri, walaupun dibelenggu masalah moral yang serius,” katanya kepada mStar Online.

Sehubungan itu, kata Anuar, kemungkinan Azmin menjadi boneka Anwar itu tetap ada kerana ketua pembangkang itu tidak dapat melakukannya ketika era Selangor ditadbir Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim – mStar

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List