Sikap dendam dan kecewa suami-isteri yang kedua-duanya gagal menjadi Menteri Besar (MB) Selangor dipercayai telah menyebabkan tidak hadir ke Majlis Istiadat Angkat Sumpah MB Selangor yang dilangsungkan di Istana Alam Syah sebentar tadi.
Semalam, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah menzahirkan perasaan "kecewanya" menerusi kenyataan media beliau.
Biar pun beliau berkata beliau menerima dengan hati terbuka pemilihan Timbalan Presidennya Mohamed Azmin Ali sebagai MB Selangor yang baharu, umum tahu ianya adalah sebaliknya.
Umum juga tahu yang kenyataannya mengenai yang "beliaulah yang mencadangkan nama Azmin sebagai calom MB Selangor serta menarik diri dalam perlantikkan MB" adalah satu penipuan besar.
Ini adalah kerana Azizah dan Anwarlah yang "bermati-matian" tidak mahu nama Azmin disertakan didalam senarai calon-calon MB Selangor sepertimana yang dititah Sulta Selangor sebelum ini.
Kenyataan Azizah yang keputusan itu dibuat bagi menyelesaikan kemelut MB Selangor, selain memelihara kepentingan rakyat di negeri ini langsung tidak masuk akal sekali kerana jika benar dia ikhlas, beliau dan suaminya sepatutnya tidak engkar dengan titah Sultan.
Beliau juga telah meluahkan kekecewaannya apabila menyatakan secara sinis walaupun proses pelantikan ini pada hemat dirinya, yang tidak menepati peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.
Ada atau tiada kelibat KETUM dan isterinya pada majlis tersebut, ianya berjalan dengan lancar bermula dengan Azmin membaca "Surat Aku Janji" dan angkat sumpah sebanyak tiga kali sebelum menandatangani surat perlantikan jawatan MB Selangor serta surat akuan rahsia pada jam 10.40 pagi.
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®