Wednesday 10 September 2014

Nik Abduh Lancar "Perang" Terhadap PKR & DAP


Pengkhianatan PKR terhadap PAS sebenarnya bermula di saat dua pengkhianat daripada ADUN PAS yang melompat memberi sokongan kepada PKR. 

Ahli Parlimen Pasir Mas (PAS) Nik Mohamad Abduh Nik Aziz pada status akaun Facebooknya semalam berkata pengkhianatan ini juga sebaliknya, telah memulakan kerosakan kepada kestabilan dalaman PAS.

"Pengkhianatan PKR terhadap setiakawan dengan PAS dalam PR apabila menerima pengkhianatan dua ADUN PAS dengan mengiktiraf sokongan mereka kepada PKR."

Nik Abduh juga menyatakan sebagaimana dua ADUN itu telah memutuskan wala' dan kesetiaannya kepada presiden, begitu juga PKR telah memutuskan kesetiakawanannya dengan PAS.

Beliau juga mempersoalkan dimanakah dalilnya apabila Presiden PAS Datuk Seri Awang Hadi pula yang sebaliknya dituduh sebagai pengkhianat PR kerana menamakan calon MB daripada PAS walhal, pengkhianatan ini sebenarnya bermula dari PKR.

Jelas penulisan Nik Abduh menegaskan pengkhianatan PKR terhadap PAS dengan cara mempengaruhi dua ADUN PAS tersebut untuk tidak mentaati keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang menyokong agar Tan Sri Khalid Ibrahim terus memegang jawatannya adalah titik mulanya pengkhianatan PKR terhadap PAS.

Hakikatnya, PAS telah dikhianati oleh ahlinya sendiri yang secara tidak langsung didalam masalah atau situasi (Kajang Move) yang dicipta oleh PKR sendiri sehingga ianya kini melibatkan pula PAS mengelami masalah-masalah dalaman.

Untuk mengembalikan kredibiliti dan imej baik PAS, Nik Abduh juga menyaran Presiden PAS Hadi Awang kini hanya ada dua pilihan iaitu bertindak drastik dan keras membawa PAS keluar daripada PR, membatalkan Tahaluf Siyasi kerana dikhianati atau memberi peluang dan masa agar mampu memperbaiki keadaan dan memulihkan dalaman PAS dan hubungan dengan PKR dan PR.

Mengimbau kembali tindakan PAS melalui mesyuarat pada Ogos 17, 2014 dimana Majlis Syura Ulama memutuskan bersetuju memberikan sokongan sementara kepada Tan Sri Khalid, Nik Abduh mengakui tindakan tersebut telah menerima pujian dari orang ramai.

Keputusan 'emas' tersebut malangnya hanya mampu bertahan selama lima jam apabila di sebelah petang pada hari yang sama dimana tanpa kehadiran presiden PAS, mesyuarat PR memutuskan hanya satu nama akan dipersembahkan kepada istana iaitu Wan Azizah Wan Ismail!

Akibatnya, Presiden yang sebaliknya berhadapan dengan kemelut yang berganda iaitu bagaikan memberi gambaran Presiden PAS tidak mampu mengawal parti dan menyebabkan ketegangan dengan pihak istana yang memberi isyarat awal penolakan terhadap pencalonan Wan Azizah.

Nik Abduh juga mempersoalkan tindakan PKR yang seakan "memaksa" 13 ADUN PAS agar menandatangani surat sumpah agar menyokong Wan Azizah sebagai MB yang baru.

Keadaan semakin kalut apabila mesyuarat PAS pada Ogos 25, 2014 memutuskan tidak akan menghantar sebarang nama dan menyerahkan kebijaksanaan memutuskan isu MB kepada pihak Istana dengan alasan presiden menggunakan kata putusnya sendiri dan tidak menerima pandangan majoriti ahli.

Selain dari BN, rakan PR PAS sendiri mula turut menamakan PAS sebagai parti U-Turn dan mula dipermainkan rakan-rakannya sendiri dan ini ditambah dengan berbangkitnya isu presiden PAS mengajak Azmin Ali belot terhadap partinya.

Menyarankan Presiden PAS agar bertindak segera Nik Abduh juga memberi kesimpulan bahawa PAS atau presiden PAS telah sampai ke tahap toleransi tertinggi dan sekiranya masih tidak disambut baik, maka toleransi berakhir dan presiden PAS akan mula bertindak.

Beliau merasakan Presiden harus membuat keputusan bahawa PKR dan DAP tidak perlu lagi diajak berunding dan menangani isu dalaman PAS dengan caranya sendiri. 

Apakah ini "semboyan" yang telah lama dinanti-nantikan oleh sebahagian ahli PAS yakni mereka harus keluar dari PR demi mengembalikan asas perjuangan mereka yang sebenarnya? -Sarawakiana

-UnReportedNews™®

1 comment:

  1. Apalah..mamat ni.. masih lena dan syok sendiri... Pas nak kena hijack olih PasMa (Pas Milik Anwar ) pon dia tak tau... ini bukan pasal Parti PKR atau Dap.. tapi remote control men yg ditangan Anwar... Tengok sekarang dah jelas ada Parti (PasMa) dalam Parti..mejoriti ahli jawtankuasa Pas Pusat dan timb presiden.. mamat ni tak der... sebb..low class bagi mereka.. Sepatutnya mamat ni gembeling sisa tenaga yg masih ada untuk bersihkan Parti.. sebab pas akan bertukar milik dan mission.. dgn begitu cepat kalau tak ditangani segera..

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List