KUALA LUMPUR: PAS sepatutnya "berdiam diri" demi menghormati PR setelah dua parti komponen bertegas dengan cadangan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Peguam PAS Zulhazmi Sharif yang dipetik dari Sinar Harian sebagai berkata, PAS tidak sepatutnya menyuarakan penentangan terhadap cadangan tersebut.
Beliau berkata, sebenarnya masalah ini datang dari PAS dimana sekiranya 15 ADUN PAS (Selangor) bersetuju nak tukar menteri besar, masalah ini sudah selesai.
“Kalau tidak setuju pun, tidak perlu bantah. Itu sahaja. Dalam PR ada tiga komponen, PKR, DAP dan Pas. PKR sudah setuju, DAP sudah setuju, jadi dua lawan satu."
"Majoriti sudah bersetuju. Jadi kalau kita tidak setuju jangan bantahlah, duduk diam-diam sahaja,” katanya dalam sesi soal jawab “Kemelut MB Selangor: Mampukah PR Bertahan?" anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma), semalam.
"Kedegilan PAS yang menolak Wan Azizah melambatkan proses pertukaran menteri besar di negeri itu," kata Zulhami sambil menambah, seramai 28 ADUN telah bersetuju menteri besar ditukar, hanya 15 ADUN PAS sahaja yang masih mahu kekalkan Khalid.
"Yang 15 (DUN) ni tunggu apa lagi? ... yang kita (PAS) degil sangat ni kenapa? Apa yang kita (PAS) mahu?"
“Sepatutnya hal ini sudah lama selesai, tapi PAS boleh pula keluar kenyataan kata tak setuju (Dengan Wan Azizah) ... PAS kata tidak setuju dengan Wan Azizah, tapi dia (PAS) juga yang calonkan Wan Azizah,” katanya lagi. -Sarawakiana
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®