Teka-teki siapakah bakal Menteri Besar (MB) Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sudah pun hampir sampai ke kemuncaknya.
Terkini, satu sumber mendedahkan salah seorang dari tiga calon Menteri Besar (MB) Selangor yang baharu sedang giat menjalankan raptai Majlis Angkat Sumpah MB Selangor di Istana Kayangan sekarang.
Majlis Angkat Sumpah BM Selangor baharu dijadualkan akan dilangsung di hadapan Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah Al-Haj di Istana Kayangan esok.
Pelbagai spekulasi berkaitan siapakah pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim termasuk Presiden PKR Datin Sri Wan Azizah Wan Ismail yang juga ADUN Kajang.
Setakat ini, diwar-warkan hanya tiga calon; Timbalan Presiden PKR Azmin ali (ADUN Bukit Antarabangsa), ADUN Chempaka (PAS) Iskandar Samad dan ADUN Sijingkang Dr Ahmad Yunus Hairi telah di "temuduga" Sultan Selangor. -Sarawakiana
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®