Seringkali kita mendengar rungutan-rungutan guru-guru dari Semenanjung apabila mereka ditugaskan ke Sarawak lebih-lebih ke sekolah-sekolah yang lokasinya terletak di pendalaman.
Hakikatnya, bukan saja trauma mengajar di pendalaman menjadi stigma guru-guru dari Semenanjung malahan Sarawak juga seringkali dihina dengan kemiskinan, ketinggalan pembangunan dan apa saja yang kurang baik, semuanya dikaitkan dengan negeri ini terutamanya segelintir rakan-rakan dari Semenanjung yang mungkin belum mengenali Sarawak dengansepenuhnya.
Namun komen dari status (tarikh tidak diketahui) seorang pengguna media sosial yang bernama Emmet Fayzal (Ahmad Faizal Osman) seorang guru yang kini mengajar di SK Melugu di Sri Aman begitu menyentuh hati admin.
Luahan hati beliau sepatutnya menjadi pembuka mata kepada kita di Sarawak, bukan semua orang Semenanjung tidak memahami cara kehidupan dan adat resam kita begitu juga secara vice-versanya, dan ianya juga boleh membuka mata rakan-rakan kita di Semenanjung, Sarawak bukanlah "semiskin" yang mereka anggapkan selama ini.
Luahan hati beliau sepatutnya menjadi pembuka mata kepada kita di Sarawak, bukan semua orang Semenanjung tidak memahami cara kehidupan dan adat resam kita begitu juga secara vice-versanya, dan ianya juga boleh membuka mata rakan-rakan kita di Semenanjung, Sarawak bukanlah "semiskin" yang mereka anggapkan selama ini.
Nyata Faizal, berasal dari Perak dan pernah mengajar juga di SK Lichok Roban (1995), SMK Saratok (1996-1999) dan SMK Sg Kruit Sungkai (2000-2004) nyata sudah "jatuh-cinta" dengan Sarawak dan bermastautin di sini.
Nota: Admin telah mendapatkan kebenaran Ahmad Faisal untuk mempamirkan posting status beliau. Terimakasih dan syabas admin ucapkan kepada beliau, semoga beliau terus akan sukses dalam kerjayanya mendidik anak-anak Sarawak.
"Terimakasih kepada yang menyokong penyataan saya di atas. Saya bukan orang Sarawak. Asal dari Perak tapi sudah bermastautin di Sarawak lebih 20 tahun. Saya melihat Sarawaklah yang paling mengamal toleransi kaum. Semasa saya bersekolah di Perak bila makan, orang Melayu duduk dengan orang Melayu, Cina duduk dengan Cina, India duduk dengan India. Kalau ada budak Melayu duduk dengan Cina den India, esoknya kena kutuk. Dalam kelas pun begitu. Melayu sebaris, Cina sebaris, India sebaris. Bila saya bertugas sebagai guru di Sarawak, saya tidak nampak perbezaan kaum. Kalau di dewan makan Azmi boleh pinjamkan cawan pada Duggat. Khairul duduk sebelah Bong Guan, Di asrama katil Alex Kloni di atas katil Ahmad Jerawi di bawah. Kalau Michael kena tumbuk, Kiprawi akan pertahankan Michael. Bila bulan puasa, yang Melayu bangun sahur, kawan yang Iban ikut sekali. Kalau berbuka yang Melayu berbuka yang Iban pun berbuka sama. Balik kampung cuti sekolah (ini benar benar berlaku dan membuat saya insaf sangat) kawan Iban tolong kawan Melayu jinjit tilam. Tunggu bas sama-sama. Kongsi baju sama-sama. Saya belajar erti hidup toleransi hanya di Sarawak. Pengalaman adalah guru yang terbaik untuk saaya. Sampai bila saya balik Perak, saya jadi benci bila dengar kawan Melayu kutuk bangsa lain. Apatah lagi mengutuk Sarawak sebagai negeri miskin. Memang rasa nak pelempang je. Kesimpulannya Sarawak dan Sabah adalah modal terbaik. Kepada orang Semenanjung bukalah mata. Akhir-akhir NGO ini memainkan sentimen perkauman hanya untuk memecahkan perpaduan kaum di Sarawak. Ingat. Pelihara perpaduan kita semua. Kamek orang Perak. Tapi kamek jiwa Sarawak. Hidup mati di Bumi Kenyalang bertuah ini. Hooo haaa."
-UnReportedNews™®
Eloklah tu. Semoga Sarawak terus menjadi contoh sikap toleransi antara kaum.
ReplyDeleteYang mencacatkan keadaan ini adalah segelintir penduduk berbangsa Cina, khusunya dari DAP, yang sentiasa berusaha menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan penduduk Sarawak.