Saturday 2 August 2014

PAS KELUAR PAKATAN, AKAN TANDINGI 51 KERUSI PADA PRN SARAWAK? (UPDATED)


Mengikut surat rasmi Pejabat Agung Parti Islam Se Malaysia (PAS) yang di tandatangani oleh Setiausaha Agung PAS Dato' Haji Mustafa Ali, Mesyuarat Tergempar Jawatanjuasa Kerja PAS Pusat pada 5 Syawal 1435 bersamaan 1 Ogos 2014 telah membuat keputusan untuk menarik diri dari Pakatan Rakyat.

Kandungan surat tersebut menyatakan, keputusan ini diambil selepas membuat pertimbangan sewajarnya dengan menjaga maruah PAS yang dipandang rendah dan hina oleh DAP selain bertujuan menjaga maslahah ummah yang semakin hari semakin meruncing bahawa perbuatan DAP dan ahlinya.

Semua ahli diminta menghormati keputusan penarikan diri ini kerana pengorbanan dan tahaluf siyasa yang diamalkan PAS selama ini akhirnya merugikan Islam.

Masyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat juga memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Barisan Nasional dan PAS akan kekal bersendirian dalam memperjuangkan matlamat Negara Islam dan Perlaksanaan Hukuman Hudud.

Sehubungan dengan itu, semua jentera PAS akan digerakkan untuk menghadapi Pilihanraya Negeri Sarawak yang bakal dibuat tidak lama lagi, PAS akan bertanding di 51 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak dan perincian akan dimaklumkan kelak.

PS: Syabas PAS kerana mencapai keputusan ini..persoalan kini, adakah PAS berani betul-betul nak keluar Pakatan atau nak menjilat balik kahak yang di ludah! Kekeke!!!

UPDATED: Menurut rakan cyber Mazri Zaini surat ini rupanya PALSU namun sekiranya PAS bermaruah, keluar dari Pakatan adalah jalan yang terbaik untuk menyelamatkan saki-baki maruah yang masih ada setelah dipergampangkan bagai anjing kurap oleh PKR dan DAP semasa hayat mereka dalam Pakatan!!!

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List