Saturday 2 August 2014

ISRAEL TUDUH MALAYSIA UNTUK TUTUP MALU


KUALA LUMPUR: Tuduhan yang dilemparkan Israel ke atas Malaysia berhubung pejuang Hamas merupakan propaganda yang dirangka oleh agensi perisikan Israel Shin Bet untuk mencemarkan nama baik negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, propaganda kononnya Malaysia menjadi tempat melatih pejuang Hamas juga bertujuan menutup malu Israel kerana gagal berdepan dengan pejuang-pejuang Hamas di Gaza.

“Malaysia tidak pernah menjalin sebarang kerjasama terutamanya dari segi ketenteraan dengan Hamas atau mana-mana pihak di Palestin.

“Setakat ini hubungan dan kerjasama Malaysia dengan Palestin merupakan hubungan diplomatik, perdagangan, dan kebudayaan sahaja,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid menuntut Israel membuktikan dakwaan serius itu yang sengaja ditimbulkan selepas masyarakat antarabangsa mengecam keganasan tentera Israel ke atas Palestin.

Beliau bagaimanapun mengakui Malaysia merupakan penyokong kuat pejuang Palestin daripada segi moral dan bantuan kemanusiaan.

Katanya, sokongan padu rakyat Malaysia itu kerana hubungan baik antara pemimpin Malaysia dan Palestin yang terjalin sejak sekian lama.

“Ada kemungkinan ini menyebabkan pihak Israel tidak berpuas hati,” katanya.

(sumber

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List