Sunday 31 August 2014

GAMBAR: KEMPUNAN PIALA MALAYSIA .. PENYOKONG SARAWAK MENGAMUK!!!








Adoii.. apa dah jadi ni fans Bolasepak Sarawak? Oleh kerana seri dengan Perak 1-1 dan terlepas peluang beraksi dalam Piala Malaysia, sekumpulan penyokong dikatakan telah mengamuk di perkarangan Stadium Negeri di Kuching semalam.

Sebuah kenderaan polis di bakar sementara sebuah lagi diterbalikkan apabila kumpulan tersebut mula mengamuk sejurus perlawanan kumpulan B Piala Malaysia tersebut tamat hampir tengah malam semalam.

Menurut Ketua Balai Bomba & Penyelamat Petra Jaya Mohd Rafi Saibi  dua buah enjin berserta 15 anggota bomba dari Balai Bomba & Penyelamat Petra Jaya sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan.

"Kami mengelami masalah untuk tiba di tempat kejadian kerana laluan ke sana (dekat luar stadium) sesak dengan orang ramai," katanya lagi.

Penyokong Sarawak yang nampaknya terlampau emosi telah membakar sebuah kenderaan MPV polis sementara menebalikkan sebuah lagi kenderaan polis.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Supt. Fauzilan Abdul Aziz mengesahkan setakat ini, lima saspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian semalam telah diberkas dan kini dalam tahanan polis.

Amboiiii..bertamadun sungguh cara kita menyambut "Hari Merdeka ke-57" dengan sedemikian rupa ...

-UnReportedNews™®

3 comments:

  1. sorry klau sy semak kt cney..kjadian ni brlaku bukan sebab sarawak xdpt meraih piala ataupun layak ke peringkat seterusnya..ini berlaku sbb kes di ipoh perak rtu kat mna pnyokong perak mbelasah beberapa org penyokong sarawak..blogger tlg jgn buat spekulasi tanpa usul periksa yg btul..takut trjadi isu lain plak kang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thats is totally right. bukan nya kempuanan ke hape kan. cuma "layanan" yang bagus diberi oleh fan perak yang "memancing" kemarahan diorang. negeri-negeri lain sambut sarawak dengan elok je.. perak je yang humm.. renung2 kan..

      Delete
  2. kamek rasa apa pun alasannya sik harus mewajarkan kita urang Sarawak melakukan keganasan, tambah lagi terhadap harta awam dan pihak polis yang sik ada kaitan dgn kes di Perak. Sepatutnya kita tunjukkan pada urang lain bahawa kita lebih sporting dan bertamadun. bukan sebalitnya.

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List