Belum reda kesedihan warga syarikat penerbangan negara, MAS, menghadapi dugaan pesawat terhempas dan menyebabkan ratusan jiwa terkorban, Kesatuan Pekerja Syarikat Penerbangan Malaysia (MASEU) cuba tambah pedih di dada.
Kali ini bukan lagi di kalangan media tempatan, MASEU adu domba pula pada media antarabangsa seperti Wall Street Journal, DowJones dan media di Singapura, seolah-olah cuba menambah tekanan terhadap syarikat GLC kebanggaan negara itu.
Dalam kenyataan terbaru, Ketua MASEU, Alias Malek mendakwa dia hanya berniat mahu mengutamakan kebajikan kakitangan MAS dan kerana itulah dia meminta supaya CEO MAS, Ahmad Jauhari dipecat selain marahkan syarikat itu kerana tidak membentang pelan pemulihan kepada pihak MASEU.
Disaat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan CEO MAS, Ahmad Jauhari, sedang bertungkus lumus memikirkan tragedi MH17, MASEU pula berulang kali “tunjuk perangai” begini? “Penawar yang diperlukan, tuba pula yang diberi”?
Soalnya, kebajikan siapa yang lebih utama perlu dijaga? Kebajikan MAS atau kebajikan kakitangan MAS sedia ada yang melimpah ruah bagai anak emas intan payung? Survival MAS untuk kekal bernyawa atau “agreement” dengan MASEU yang berat sebelah?
Logiknya, sekiranya kebajikan MAS terjaga dan syarikat itu kembali teguh mencatat keuntungan, barulah segala kebajikan kakitangannya akan terbela, bukan? Bagaimana sebuah syarikat yang “nyawa-nyawa ikan” mahu menjaga kebajikan para pekerjanya?
Mungkin Alias perlu mencari alasan yang lebih konkrit untuk bersuara selepas ini berbanding memberikan alasan yang sangat dangkal untuk diterima pakai atau dipertimbang pihak atasan. Mungkin juga sebab itu kontraknya untuk terus bekerja ditolak sebelum ini?
Kenapa perlu pihak atasan MAS bentangkan pelan pemulihan syarikat kepada Alias dan konco-konconya? Berapa banyak saham yang Alias pegang di dalam MAS? 70 peratus?Kerana pelan itu melibatkan kakitangan MAS maka ia perlu dibentang terlebih dahulu pada Alias?
Peliknya, ketika pihak atasan MAS memberikan “duit raya” sebanyak RM2,000 kepada setiap kakitangan syarikat tanpa mengira pangkat atau darjat baru-baru ini sebagai penghargaan khidmat mereka, mengapa MASEU tidak minta bincang terlebih dahulu dengan mereka?
Bukankah kedudukan kewangan MAS sedang kritikal? Bukankah elok kalau MASEU desak pihak atasan untuk berbincang terlebih dahulu dengan Alias dan Jabarullah? Mungkin kepimpinan MASEU boleh tolak pemberian penghargaan itu berdasarkan keadaan MAS yang sedang rugi?
Atau MASEU sebenarnya mengambil pendekatan “dapat duit terus diam, tak payah bincang pun tidak mengapa”? Begitu? Ikhlaskah MASEU untuk menyelamatkan MAS?
MASEU minta MAS tunjukkan jabatan mana yang dikatakan terlebih kakitangan? Kenapa MASEU tidak bandingkan operasi dan kakitangan MAS dengan Singapore Airlines (SIA)? Semuanya hampir serupa saja, namun peliknya MAS memiliki lebihan hampir 5,000 kakitangan berbanding SIA?
Jabarullah rasanya boleh tinjau sendiri persoalan yang dilontarkan. Dia “orang lama” MAS, bukan? Takkan tak boleh tengok, bilang dan bandingkan dengan SIA?
Agak menyedihkan melihat sikap kepimpinan MASEU jika dibandingkan dengan kesatuan-kesatuan syarikat penerbangan antarabangsa yang setaraf dengannya dalam menghadapi krisis syarikat sebegini. SIA dulu pun pernah mengalami keadaan yang hampir serupa, tapi tidaklah “meroyan” begini, bukan? (sumber)
-UnReportedNews™®
Ambil tindakan yang tegas, tegakkanlah kebenaran. Mereka-mereka ini mengambil kesempatan di dalam kesempitan.Fikir-fikirkanlah...!!!
ReplyDeleteSaat Jais
www.treat-cure.com
http://saatjais.wordpress.com
Waktu senang ramai nak kawan kita....waktu susah ...........lu pikir la sendiri
ReplyDelete