Tuesday 25 March 2014

TEORI KONSPIRASI #MH370

-KONSPIRASI & PERISIKAN DIKATAKAN ADA KAITAN DENGAN KEHILANGAN PESAWAT TERSEBUT. MOHON BACA DENGAN HATI & MINDA YANG TERBUKA!-

Terdapat pelbagai teori dan versi mengenai kehilangan pesawat MH370, lebih-lebih lagi selepas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengenai pesawat tersebut dipercayai terhempas di Lautan Hindi.

Salah satu versi yang dikira logik yang menarik perhatian saya adalah ianya berkaitan dengan dunia perisikan kuasa-kuasa besar dunia.

Sepertimana yang kita tahu, Amerika kini dalam proses pengunduran dari Afghanistan dan dalam usaha tersebut, salah satu peralatan mereka iaitu alat kawalan sistem drone (digunakan untuk mengawal Drone tanpa pemandu) telah dirampas oleh pihak Taliban dalam satu serang hendap ke atas konvoi pengangkutan Amerika yang membawa peralatan tersebut di salah satu markas Amerika di sebuah bukit di Afghanistan.

Kejadian ini berlaku kira-kira sebulan yang lalu pada Februari 2014 di mana dua anggota SEAL Amerika juga dikatakan terbunuh ketika pihak Taliban merampas peralatan serta senjata termasuk alat kawalan sistem drone yang beratnya di anggarkan kira-kira 20 tan yang tersimpan rapi dalam enam peti berasingan.

Pihak Taliban hanya mahukan wang lantas mereka mahu menjual sistem tersebut kepada Rusia atau China namun ketika ini, umum tahu yang Rusia terlalu sibuk dengan masalah di Ukraine maka China yang dahagakan teknologi sistem berkenaan adalah pembeli yang tepat.

Bayangkan jika China menguasai teknologi alat kawalan sistem drone? Pasti semua drone Amerika akan tidak akan dapat digunakan lagi. Untuk urusniaga pembelian peralatan tersebut, lapan orang saintis pertahanan China dikatakan telah memeriksa peralatan sistem berkenaan yang kemudiannya membuahkan persetujuan teknologi tersebut dibayar dengan bayaran berjuta-juta dollar.

Dikatakan juga, kumpulan saintis tersebut telah memeriksa peralatan berkenaan awal Mac 2014 dan mereka berserta peralatan tersebut berjaya tiba ke Malaysia dan disimpan dengan Kedutaan China di bawah perlindungan diplomatik sementara cara yang terbaik untuk membawa teknologi tersebut balik ke China secara terselindung untuk mengelakkannya daripada dikesan adalah ianya dijadikan barangan kargo menerusi penerbangan komersial (MH370).

Sementara itu, Amerika, dengan bantuan perisikan Israel juga sudah maklum dengan keadaan dan situaisi ini dan mereka bersama-sama berazam merancang untuk memintas dan menawan semula kargo tersebut dengan apa cara sekali pun.

China mengambilkira bahawa ianya akan selamat untuk mengangkutnya melalui pesawat awam untuk mengelakkan syak wasangka lagipun penerbangan terus dari KL ke Beijing hanya mengambil masa empat setengah jam sahaja dan berpendapat Amerika tidak akan merampas atau memudaratkan pesawat awam itu maka MH370 adalah syarikat penerbangan yang sempurna untuk tujuan tersebut.

Dikatakan juga terdapat lima agen Amerika dan Israel di atas kapalterbang tersebut yang sudah biasa dengan operasi Boeing termasuk dua warga "Iran" yang dikatakan mengguna dua pasport yang telah dilaporkan dicuri.

Apabila pesawat MH370 meninggalkan ruang udara Malaysia dan melaporkan kepada kawalan udara Vietnam, satu pesawat AWAC (Airborne Warning And Control System) Amerika menyekat isyarat MH370 dan melumpuhkan sistem kawalan juruterbang dan bertukar kepada mod kawalan jauh (dan ini menyebabkan pesawat yang tiba-tiba hilang ketinggian seketika).

Bagaimana AWAC boleh melakukannya? Ingat insiden 911? Selepas kejadian itu 911, semua pesawat Boeing (dan mungkin semua Airbus) dipasang dengan sistem kawalan jauh untuk menghindar rampasan pengganas. Sejak itu semua Boeing boleh dikawal jauh oleh menara kawalan tanah. Sistem kawalan jauh sama digunakan untuk mengawal pesawat pengintip tanpa pemandu dan pesawat.

Lima agen Amerika/Israel kemudiannya mengambil alih kapalterbang tersebut dan mematikan transponder dan sistem komunikasi yang lain, berubah arah dan terbang ke arah barat. Mereka tidak berani terbang timur ke Filipina atau Guam kerana ruang udara Laut China Selatan secara keseluruhan telah dilindungi oleh radar pengawasan dan satelit China.

Radar tentera Malaysia, Thailand dan India sebenarnya berjaya mengesan pesawat tersebut yang tidak dikenali tetapi tidak bertindak balas secara profesional.

Pesawat itu terbang merentas Sumatra Utara, Anambas, India Selatan dan kemudian mendarat di Maldives (beberapa penduduk kampung mendakwa menyaksikan pendaratan pesawat berkenaan) sebelum ianya mengisi semula minyak dan meneruskan penerbangannya ke untuk Diego Garcia, Pangkalan Udara Amerika di tengah-tengah Lautan Hindi. 

Kargo dan kotak hitam telah dikeluarkan sementara semua penumpang telah "dikorbankan" secara "semulajadi" dengan memutuskan bekalan  oksigen dalam pesawat kerana perampas tidak mahu meninggalkan sebarang saksi.

Pesawat MH370 dengan "penumpang-penumpang"nya sekali lagi diterbangkan dengan melalui kawalan jauh dan merentas Selatan Lautan Hindi sebelum "dihempaskan" ke dalam laut untuk memberi gambaran kepada dunia pesawat tersebut sudah kehabisan bahan api dan terhempas, dan berkemungkinan akan menjadikan kapten serta  dan pembantu juruterbang sebagai "kambing hitam" dalam kejadian ini.

Amerika telah melakukan "persembahan yang terbaik" dengan mengalihkan semua perhatian dan usaha carian di Laut China Selatan ketika pesawat tersebut yang diterbangkan dengan "cara mereka" ke Lautan Hindi. 

Amerika kemudiannya mengeluarkan beberapa kenyataan yang bercanggah dan bukti untuk mengelirukan dunia serta dibantu oleh  Australia yang dipercayai turut terbabit dalam lakonan ini.

Usaha China, dari segi bilangan pesawat, kapal dan satelit, mencari yang pertama di Laut China Selatan, kemudian di Selat Melaka dan Lautan Hindi tidak pernah berlaku sebelum menunjukkan China amat prihatin bukan saja kerana pesawat tersebut membawa ramai banyak penumpang warga China namun terhadap kargo yang bernilai serta lapan orang saintis pertahanan mereka.

Hebatkan konspirasi ini? Namun jangan terlalu percaya akan cerita ini kerana sepertmana yang saya katakan pada mula posting ini, ini hanya salah satu daripada teori yang amat menarik di sebalik kehilangan pesawat MH370.

-UnReportedNews™®

5 comments:

  1. satu teori konspirasi yang mungkin ada kebenarannya...kita semua tidak tahu apa sebenarnya kargo yang dibawa oleh MH370 melainakan MAS sahaja..namun pada hemat saya apabila mendengar berita bahawa kapal terbang ini berakhir di selatan lautan hindi menimbulkan banyak persoalan dan misteri..persoalannya kenapa di selatan lautan hindi yang jauh dari laluan kapal laut serta kapal terbang..hanya di situ sahaja tempat pembuangan yang stratejik dimana ianya akan mengambil masa yang panjang untuk menjumpai pesawat tersebut seterusnya merungkai segala persoalan mengapa kapal terbang terbang kearah sana..

    ReplyDelete
  2. baca ni bro... darah-satria.blogspot.com/2014/03/agenda-tersirat-disebalik-rampasan.html

    ReplyDelete
  3. Aku lebih percaya dengan teori2 konspirasi di atas dr percaya dengan kebodohan Malaysia memakai data-data lemah Inmarsat yg sudah tua..mana ada satelit boleh berkhidmat melebihi 20 tahun? Inmarsat tu dilancar-1990..skrg tahun berapa? Siapa yg nk calibrate peranti2 di satelit usang itu? Kemudian drama ini disudahkan dengan kira matematik terbodoh-Doppler Effect terhadap ping 7 kali. Terlalu bodoh bila guna kaedah doppler yang bukan melibatkan frequensy sebenar bunyi jet atau apa2 sumber frequency dr jet. Tp disbbkan ia dikeluarkan oleh raja2 besar dajjal dunia-Amerika & british.. maka tiada siapapun berani sangkal..

    dan maaf lah..manusia paling bodoh sekali wpun ada kuasa ialah Najib.. dia merosakkan segala2nya semata2 menyembah Amerika!! Mana ada dlm dunia.. model matematik kiraan utk mengetahui anggaran trajektori akhir pesawat.. dijadikan bukti sah pesawat terhempas? itupun dr konon isyarat ping? ping tu apa? hanya balikan isyarat pesawat..tiada value data apa2pun.. itupun hipotesis shj..berdasarkan anggaran pesawat itu menuju Selatan... gila sungguh bila Malaysia tiba2 begitu teruja dan terus umumkan ia terhempas di Lautan Hindi..dan seluruh rakyat yg separa jahil mula bersedih... ya kita sedih..tp bukan atas fakta bodoh ini.. kita sedih sgt MH370 jd korban dan mereka hilang dgn nyawa dan kasih sayang..tp bukan sedih krn Najib umum.. Najib jd boneka.. bukti apa pun tiada tiba2 pakai anggaran matematik utk ending the story konspirasi besar ini..

    Sepatutnya kita kena sabar dan umumkan... hasil kiraan Inmarsat tu sebahagian dr siasatan..dan cadangan..MUNGKIN ia berakhir di Lautan Selatan Hindi.. TAPI Najib jika bijak dia kena tegaskan itu HANYA ANGGARAN dan KEMUNGKINAN.. tp Najib rupanya sgt ngok.. dia seronok main drama ini..dgn air mata org lain..

    dia ikut telunjuk CIA-Amerika supaya sahkan pesawat ini hilang..dn Australia pun 'bersungguh2 ' lah cari debris.. smpai skrg mana dia? Najib mendahului 'kematian' org yg belum disahkan mati?

    Kenapa rakyat Malaysia tk boleh fikir jauh? semua telan hidup2 skrip ini? Buka lah minda.. saksi2 mata jelas di Maldives nampak jelas pesawat berjalur mereka (bukan jalur gelang) terbang rendah di atas kampung mereka.. terbang rendah mcm tu radar kepala bapak apanya dpt detect? apakah semua penduduk kg tu bermimpi pada waktu subuh hari? mereka Muslim.. arah terbang ialah menuju ke Diego Garcia..
    Radar ni ada kelemahan yg banyak tp data radar jugaklah yg Najib dan Hisyham terlalu sembah.. sehingga menolak semua saksi2 lain..

    dgn kebodohan Najib maka dunia dipaksa terima pesawat itu hilang dan terhempas tanpa perlu tunggu bukti sebenar.. main matematik kurun ke 19 yg xpernah pun saintis guna sblm ini utk kaji terbang pesawat..

    Aku benci dgn Pakatan Haram..Anwar Jubury..tp aku sgt2 tk boleh terima cara Najib hande case ini.. sama ada ia turut sama berkonspirasi atau dia terlalu bodoh sehingga menipu dunia dgn pengunguman semalam!!

    THIS TIME I WOULDN'T RESPECT NAJIB!!



    ReplyDelete
  4. Kalau benar teori seperti di atas, konspirasi Amerika akan semakin bagus dengan melolos penyertaan mereka menarajui pencarian kotak hitam. Negara mana lagi yang boleh mengambil alih dengan teknologi yg lebih canggih maka Malaysialah patut memilih dan berperanan dalam hal ini..sama sama kita doa, kerna doa pihak yang dianiaya itulah direstui Allah.

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List