Tuesday 25 March 2014

#MH370 : PESAWAT TERSEBUT DI AKUI TERHEMPAS!

-AL-FATIHAH BUAT PENUMPANG PESAWAT MALANG ITU. KINI, PERSOALAN UTAMANYA, MENGAPA IANYA TERSASAR JAUH DARI LALUAN ASAL KE BEIJING, APAKAH FAKTOR PENYEBABNYA? APAKAH IANYA TELAH DIRAMPAS?-

Teka teki misteri kehilangan pesawat MH370 selama lebih dua minggu akhirnya terungkai malam tadi dengan kesudahan yang menyedihkan.

Pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu disahkan telah terhempas di kawasan selatan Lautan Hindi di Barat Perth, Australia dengan semua penumpang dan anak kapalnya dikhuatiri terkorban.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan berita itu dalam satu sidang khas yang disiarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunita Putra (PWTC) malam tadi.

Perdana Menteri menyatakan kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh syarikat Britain, Inmarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu.

"Ini kawasan yang terpencil, jauh daripada mana-mana tapak pendaratan yang munasabah.

"Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa, berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib.

Kita cuma mengharapkan pasukan percari dapat mengesan kotak hitam secepat mungkin, ia akan menyelesaikan segala misteri, tentang apa yang terjadi di dalam pesawat MH370, kenapa pesawat berpindah haluan, kenapa boleh hilang dari radar.

Sebelum ini, pelbagai andaian dan spekulasi mengenai kehilangan  MH370 dan pastinya, selepas ini, 1,001 lagi spekulasi yang akan dilontarkan terhadap kejadian ini.

Walauapapun, sebagai orang Islam, kita patut tidak lupa bersedekah Al-Fatihah kepada semua mangsa (beragama Islam) yang terkorban dalam pesawat malang MH370 agar roh mereka dicucuri rahmat. 

Al-Fatihah.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List