Sunday 22 September 2013

TIADA PREJUDIS KAUM HALANG ABU CHIN PENG MASUK MALAYSIA!

-TIMBALAN MENTERI KDN DATUK DR HAJI WAN JUNAIDI YANG JUGA BEKAS PEGAWAI POLIS MENEGASKAN SECARA PERIBADI MENYOKONG PENDIRIAN KERAJAAN MENGHALANG KEMASUKAN ABU MAYAT CHIN PENG KE MALAYSIA KERANA RAKYAT TETAP TIDAK DAPAT MEMAAFKAN PERBUATAN KETUA KOMUNIS MALAYA DI MASA LAMPAU! STEADY DATUK WAN! KEKEKE!!!-

Tindakan kerajaan menghalang pembawaan masuk abu mayat bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng ke negara ini bukan kerana persoalan sesebuah bangsa tetapi sebagai menghormati perasaan perajurit dan keluarga mangsa yang terkorban ketika menentang komunis.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, isu bangsa bukan persoalan utama namun fahaman yang dibawanya serta penentangan terhadap kerajaan dahulu perlu dijadikan titik rujukan sebelum menyokong usaha pembawaan masuk abu mendiang.

"Saya pernah ditanya sebelum ini, adakah layanan yang sama akan diberikan sekiranya Chin Peng itu berbangsa Melayu, Iban, Kadazan mahupun Dayak?"

"Hakikatnya sekarang adalah kekejaman yang beliau lakukan bersama dengan pengganas komunis terhadap rakyat suatu ketika dahulu merupakan sesuatu yang tidak boleh dimaafkan," tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis Penangguhan Karnival Kerjaya di Majma' Tuanku Abdul Halim Mu'adzam  Shah (Komplek Islam Sarawak).

Jelasnya, sejarah mungkin akan berbeza sekiranya perjuangan Chin Peng berhenti sehingga Perang Dunia Kedua pada tahun 1945, namun Ketua Komunis itu masih memperjuangkan idea beliau meskipun negara telah mencapai kemerdekaan sehingga tahun 1989.

"Jesteru walau apapun alasan yang diberikan, perbuatan beliau dahulu tetap tidak dapat diterima dan saya secara peribadi menyokong pendirian kerajaan yang menghalang kemasukan beliau ke negara ini," katanya.

"Persemadian mendiang Chin Peng di negara ini dikhuatiri akan menyemarakkan semula fahaman komunis sekali gus memberi idea bahawa perjuangan ketua komunis ini dapat diteruskan."

"Kita takut ia akan membangkitkan sentimen kepada penyokong Chin Peng untuk membina sebuah tugu peringkatan yang akan dijadikan sebagai pusat perjuangan beliau yang belum berakhir".

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List