Sunday 22 September 2013

SIAPA YANG BABI SANGAT NAK ABU BANGKAI CHIN PENG DIBAWA KE MALAYSIA NI?

-PART MANA LAGI KORANG LABU-LABU TAK FAHAM NI? STATUS BAPAK KOMUNIS-CHIN PENG MEMANG JELAS TAK SAMA DENGAN STATUS DR AZAHARI ATAU NOORDIN MOHAMAD TOP YANG SEMEMANGNYA WARGA NEGARA MALAYSIA! TU MASIH TAK PAHAM-FAHAM LAGI KER? KEKEKE!!!-

Keputusan kerajaan tidak membenarkan mayat atau abu Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya Chin Peng dibawa pulang ke negara ini adalah tindakan tepat memandangkan dia bukan warganegara Malaysia.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim menegaskan ini berbeza dengan langkah kerajaan membenarkan jenazah dua suspek pengganas, Dr Azahari Husin dan Nordin Mohamad Top dikebumikan di negara ini setelah ditembak mati pasukan keselamatan Indonesia.

Beliau berkata Allahyarham Azahari dan Nordin adalah rakyat Malaysia, sebab itu kerajaan tidak membantah apabila keluarga mereka mengebumikannya di Melaka dan Pontian.

“Berbeza dengan Chin Peng, selain daripada bukan rakyat negara ini, dia juga adalah orang bertanggungjawab menyebabkan ribuan anggota pasukan keselamatan termasuk Askar Melayu Diraja terbunuh ketika darurat dahulu,” katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Razali mengulas mengenai gesaan Naib Presiden MCA Gan Ping Siew yang mahukan kerajaan membenarkan mayat atau abu pemimpin komunis itu dibawa masuk ke Malaysia demi menghormati Perjanjian Hatyai.

Malah katanya semasa bersetuju meletakkan senjata dalam perjanjian di Selatan Thailand pada tahun 1989, pemimpin komunis itu tetap memperjuangkan ideologinya dan tidak segera mengemukakan permohonan untuk menjadi warganegara Malaysia.

“Ini menunjukkan Chin Peng tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong dan tidak mengakui sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini,” katanya. – Bernama

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List