Sunday 29 September 2013

RAMAI JUGA YANG "TERTIPU" SERTAI DEMO 20 SEN?!

-JUMLAH PESERTA YANG SERAMAI TIDAK LEBIH DARI 40 ORANG YANG BERDEMO ATAUPUN DENGAN LEBIH TEPAT LAGI, "AKTIVITI JALAN-JALAN CARI MAKAN" YANG TURUT DISERTAI OLEH PENYELARAS PUSAT KHIDMAT DAP TUPONG AZIZ ISA NYATA MENDAPAT SAMBUTAN HAMPEH! IRONINYA, BOSS AZIZ, CHONG CHENG JEN TIDAK PULA MENYERTAI MEREKA BERJALAN KAKI SEBALIKNYA MENAIKI KERETA MEWAHNYA SEBAIK SAHAJA DEMO ITU BERMULA! KEKEKE!!!-

Fuh, "meriah" sungguh program "demo 20-sen" anjuran bersama beberapa NGO tempatan sebagai tanda protes terhadap dakwaan "kenaikan harga petrol" baru-baru ini di Bandaraya Kuching tengahari semalam.

Biarpun mendapat respon hambar dari peserta-peserta yang jumlahnya tidak sampai 40 orang itu, penganjur, yang pasti tidak mahu air-mukanya jatuh jika demo tersebut dibatalkan berkeras meneruskan demo.

Kehadiran kelibat Ahli Parlimen Bandar Kuching dan juga ADUN Kota Sentosa (DAP) Chong Chieng Jen serta pembantunya Abdul Aziz Isa yang tiba berdekatan sebuah komplex membeli-belah di Jalan Haji Taha pada jam 1 tengahari semalam pada mula bagaikan memberi semangat kepada peserta-peserta demo itu.

Namun, keadaan bertambah sadis juga apabila Chong dilihat menaiki sebuah kenderaan meninggalkan tempat tersebut setelah ditemubual oleh seorang wartawan sebaik sahaja peserta ingin memulakan acara berjalan kaki mereka.

Mungkin itulah sebabnya Aziz yang telah dilantik sebagai penyelaras Pusat Khidmat DAP Tupong baru-baru ini kelihatan tersengih-sengih seorang diri sepanjang perjalanan mereka yang melewati sejauh hampir tiga kilometer sebelum menamatkannya di Padang Merdeka.




Ramai yang tertanya-tanya, apakah sebenarnya mesej ingin mereka sampaikan dengan mengadakan aktiviti sedemikian? Selain dari bersenam serta membakar beberapa ratus kalori setelah berjalan  kaki beramai-ramai sebegitu sambil menyalahkan kerajaan sebagai dalang "menaikkan" harga petrol, apa lagi yang keuntungan yang mereka dapat?

Tindakan pendemo-pendemo tersebut, yang rata-ratanya orang muda-muda belaka termasuk panganjur, Chong dan Aziz nyata mereka "tidak memahami sepenuhnya" apa sebenarnya yang berlaku, khususnya berkaitan dengan harga minyak petrol yang mereka dakwa telah "dinaikkan" oleh kerajaan.

Istilah "kenaikan harga petrol" dalam perkara ini sebenarnya tidak begitu tepat kerana kerajaan sebaliknya telah "mengurangkan" subsidi petrol sebanyak 20 sen dari jumlah 83 sen sebelum ini dan dua perkara ini walaupun nampak sama tapi sesungguhnya ianya amat berbeza kerana ianya bergantung kepada niat seseorang itu, sama ada ingin menimbulkan rasa amarah orang lain atau mengambil perkara ini secara positif.

Telah berkali-kali kerajaan menjelaskan pengurangan subsidi petrol tidak dapat dielakkan dek kemerunduman ekonomi dunia yang menjejaskan semua negara namun nampaknya masih ada pihak yang tidak dapat menerima penjelasan ini ataupun tidak kurang juga yang sengaja buat-buat tidak paham!

Admin UnReportedNews™® pula menganggap demo tersebut mungkin sebenarnya lebih kepada "memperkenalkan" Abdul Aziz Isa, yang ditelah mula dicanangkan bakal menjadi calon DAP di DUN Tupong dalam pilihanraya yang diadakan kurang dua tahun lagi.

Aziz yang sebelum ini tidak dikenali langsung tiba-tiba mencanak naik namanya setelah perlantikannya dan dimata beberapa rakan pemerhati politik menjangka beliau bakal menjadi "senjata rahsia" DAP untuk menembusi kawasan majoriti Melayu (Tupong) serta dilihat berpotensi tinggi serta mempunyai kelainan dari mana-mana "produk DAP" sebelum ini.

Namun begitu, tindakan anak muda graduan berlulusan sains-politik untuk ikut berdemo semalam secara automatik bagai telah mengepamkan ekspektasi-ekspektasi tinggi terhadapnya ke dalam lubang tandas serta beliau sebenarnya, takler seterrer mana yang dijangka tapi hanya sekadar "cukup syarat" untuk menjadi pembangkang.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List