Tuesday, 3 September 2013

PAK SAMAD MUNGKIN "BUANG AIR BESAR" BILA POLIS GAGAL MENGESANNYA?

-DATUK S SAMAD SAID MENAFI MAIN "SOROK-SOROK" DENGAN POLIS YANG SEDANG MENCARINYA BERKAITAN KES "KIBARAN BENDERA SANG SAKA MALAYA DI  AMBANG MALAM KEMERDEKAAN" SEPERTI YANG DIDAKWA KPN NAMUN SEBALIKNYA PULA, MENEGAS TIADA LANSUNG MELIHAT KELIBAT POLIS DATANG KE RUMAHNYA! LOR, MUNGKIN TEPAT MASA TU TUAN PUNYA RUMAH SEDANG MENUNAIKAN "TANGGUNGJAWAB HARIAN" DI BILIK TERMENUNG SEPERTI TAJUK ENTRI KAT ATAS NI? KEKEKE!!!-

Mana saya ada main sorok-sorok dengan polis!
Semakin jauh melangkahi liku-liku hidup, semakin hebat pula "pengembaraan" disepanjang kehidupan sasterawan negara, yang juga Pengerusi bersama BERSIH Datuk A Samad Said yang kini ternyata penuh dengan "adegan-adegan" cemas, padat dengan thrill & adventure, ditambah lagi ada kaitan dengan polis. Uhh! Bestnya!

Terkini, Datuk A Samad yang juga dikenali sebagai Pak Samad sedang "dikehendaki" polis untuk membantu siasatan berhubung satu kes berkaitan bendera Sang Saka Malaya yang dikibar berhampiran Dataran Merdeka pada Jumaat malam lalu menafi sekeras-keranya dakwaan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar beliau "menyorok" ketika polis tiba ke rumah kediamannya semalam.

Uhh .. marah semacam jer sasterawan negara itu menegaskan dengan sekeras-kerasnya yang beliau memang berada di rumah semalaman semalam dan tiada siapa pun termasuk anggota polis datang ke rumahnya semalam.

"Saya ada di rumah semalaman .. tiada siapapun yang datang, ya, saya ada di rumah terus-terusan .. tiada (polis) yang rasmi (datang)," dakwa Pak Samad yang menganggap kenyataan KPN itu hanya "khabar angin" yang disebar untuk memburukkan imej dirinya sebelum menambah, "Saya fikir IGP bercakap depan wartawan .. tidak ada surat rasmi, minta (secara) rasmi untuk (saya) menyerah diri .. saya tidak bersedia untuk menyerah diri, kalau cakap-cakap luar sahaja .. saya fikir (jika) dipanggil, mesti ada hitam putihnya .. saya tidak tertakluk kepada cakap di luar-luar sahaja."

Jika berani cabar undang-undang beranilah tanggung hukumannya
Yang agak menghairankan, sekiranya Pak Samad "tidak menyorok" apabila dicari polis mengapa tidak mahu bekerjasama dengan mereka sebaliknya sebaliknya, beliau bertegas enggan menyerah diri sekiranya polis tidak mengeluarkan sebarang perintah rasmi.

Sebelum ini, polis telah memohon Pak Samad menyerah dirinya bagi  membantu siasatan kes tersebut dimana Pak Samad difahamkan sedang berucap kumpulan yang mengibarkan bendera asing tersebut dan sehingga kini, dua aktivis politik; Hishamuddin Rais dan Adam Adli disyaki terlibat ditahan polis jam 8.40pm (Isnin) di Kampung Baru sebelum dibebaskan pada jam 3 pagi (Selasa) kemudian.

Sejurus saja kedua saspek diberkas (dan kes mereka disiasat mengikut Akta Hasutan 1948), usaha mengesan Pak Samad ternyata gagal serta dengan nada yang sinis mengatakan dakwaan Pak Samad telah “menyorok” ketika polis menjalani operasi untuk mengesannya semalam memang ada logiknya juga, jelas KPN lagi mempersoalkan mengapa Pak Samad agak keberatan tampil membantu polis.

"Semalam polis nak cari dia, tapi dia "menyorok" pula .. dan sehingga kini polis belum dapat lagi mengesan lokasi beliau," tegas KPN yang kemudiannya memberi amaran jika seseorang itu berani mencabar undang-undang maka kena berani tanggung (terima apa saja hukumannya).

Sehubungan itu, Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan)dilapor telah menggesa kerajaan mempertimbangkan supaya menarik kembali gelaran tokoh Sasterawan Negara Pak Samad dan dalam nada yang sama pakar sejarah Prof Datuk Dr Ramlah Adam menyatakan tokoh itu sepatutnya sensitif dengan perjuangan orang terdahulu daripada beliau yang berusaha memperoleh kemerdekaan untuk negara.

Huh .. aku betul-betul percaya dengan cerita versi Pak Samad tu mati-mati mendakwa dirinya langsung tidak menyorok dan juga tiada anggota polis yang mencari beliau di rumahnya. Memang steadi hampeh betullah Pak Samad ni! Pelbagai berkemungkinan boleh berlaku sewaktu polis mengunjungi rumah beliau sebagai contoh, mungkin beliau sedang "meniarap berbaring dibawah katil", "sedang menjalani sesi melelapkan mata dalam almari ataupun jamban", mengadakan "latihan lakonan babak tidur" (dan enggan menjawab supaya rumah dianggap tiada berpenghuni) dan banyak lagi alasan yang lain tapi bottomlinenya, beliau memang "tidaklah menyorok". 

Sebagai salah seorang dari sasterawan terulung di negara ini, mengapa Pak Samad seakan telah melakukan kesalahan sehinggakan "takut" untuk bertemu pihak polis bagi membantu siasatan mereka.  Dan soalan bonus terakhir yang harus saya, "What on earth were you thinking Sir when delivering the speech on the eve of our 56th Independent Annniversary with the crowd around you waving flags which are strange to us Malaysian? Where's the sense of patriotism in your actions? 

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List