Thursday 5 September 2013

"GANGSTER" DALAM POLITIK DAH DIKENALPASTI!

-KDN SUDAH MENGENALPASTI ANGGOTA KONGSI GELAP YANG "MENYERAP" MASUK KE ARENA POLITIK NEGARA INI! JIKA DAH "BERSARA" & BERTAUBAT, TAK APA LER TAPI TAKUT-TAKUT JER KEDUDUKAN & PENGARUH POLITIK DISALAHGUNA UNTUK MENINGKATKAN LAGI PEMBABITAN KONGSI GELAP KE TAHAP YANG LEBIH DAHSYAT LAGI! GODFATHER TU! KEKEKE!!!-

Kementerian Dalam Negeri sudah mengenal pasti individu yang mempunyai kaitan dengan kongsi gelap dan dikatakan turut bergiat dalam bidang politik di negara ini, kata Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Khamis.

"Sekiranya ahli politik ini adalah bekas anggota kongsi gelap, mungkin mereka sudah bertaubat dan tidak adillah untuk mengaitkan mereka lagi dengan kongsi gelap. "Tapi, jika siasatan mendapati mereka masih mempunyai kaitan dengan kongsi gelap, maka kami akan dedah nama mereka dan mengambil tindakan undang-undang." 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Pingat Kedaulatan Negara kepada 56 anggota pasukan keselamatan Kota KInabalu.

Ahmad Zahid berkata demikian bagi mengulas pendedahan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan bahawa seorang bekas banduan yang pernah menjadi ketua kongsi gelap, kini menjadi pemimpin peringkat rendah sebuah parti politik di Pulau Pinang. 

Dalam perkembangan berkaitan gangsterisma, kawalan disepanjang sempadan Thailand diperketatkan bagi mengelak ahli-ahli kumpulan kongsi gelap membuang tatu mereka di negara tersebyt.

Difahamkan polis Perak telah menubuhkan pasukan khas untuk mengawal kawasan sempadan dengan Thailand bagi mengawasi pergerakan ahli kumpulan kongsi gelap menyeberangi sempadan untuk membuang tatu di badan mereka.

Menurut Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata pasukan berkenaan ditempatkan di sempadan Pengkalan Hulu.

"Kami sedang mengawasi pergerakan mereka," katanya kepada pemberita pada Khamis.

Terbaru, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mendedahkan bahawa ahli kumpulan kongsi gelap dikatakan menyeberangi sempadan untuk membuang tatu di badan mereka bagi mengelakkan mereka di tahan dalam Ops Cantas yang sedang dijalankan oleh pihak polis.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List