Monday 2 September 2013

BROTHER, JANGAN CARIK PASAL DALAM PBB!

-DENGAR-DENGAR CERITA, ADA HAMBA ALLAH NI NAK MENCABAR ADUN DEMAK LAUT YB DR HAZLAND UNTUK JAWATAN PENGERUSI PBB DEMAK LAUT YANG LAZIMNYA DIPEGANG OLEH ADUN (PBB) KEPADA KAWASAN ITU! APA NIAT INDIVIDU TU YER? NAK JADI "KAPTEN KEDUA" DALAM SATU KAPAL KER? KEKEKE!!!-

Sampai naik meremang bulu roma ahli-ahli PBB yang mendengar ucapan yang penuh bersemangat Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud yang juga Presiden PBB apabila menyentuh tentang perpaduan pada Ramah-Tamah Aidilfitri 2013-Majlis Perhimpunan Tahunan (AGM) PBB Kuching Zon dan Mesyuarat Agung (AGM) yang diadakan serentak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di malam Sabtu lepas.

"Hubungan baik yang diamalkan oleh ahli-ahli PBB telah menyumbang kepada sokongan kuat yang tak berbelah bahagi dari rakyat, terutamanya Bumiputera dan ini terbukti dalam dua pilihan raya yang lalu, (Negeri Pilihan Raya 2011 dan Pilihan Raya Umum ke-13 pada tahun ini) di mana majoriti Bumiputera telah mengundi untuk calon-calon PBB, mencapai satu pencapaian yang luar biasa dan cemerlang dengan "rekod bersih" iaitu memenangi semua kerusi yang ditandingi PBB."

Semangat yang kukuh perpaduan yang tidak berbelah bahagi di kalangan pelbagai peringkat dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), sama ada mereka yang berada di peringkat akar umbi sehinggalah ke pemimpin kanan sentiasa menjadi faktor utama keupayaan PBB sebagai tulang belakang negeri Barisan Nasional untuk beberapa dekad yang lalu, kata Taib.

Memberi penekanan yang PBB kini menyedari kepentingan merekrut orang muda yang baru dalam barisan kepimpinan dalam penyediaan memastikan bahawa parti itu tidak akan kekurangan kumpulan berbakat dan berwibawa pemimpin di masa depan, Taib juga menyatakan didalam barisan PBB kini sebenarnyya ada tiga generasi dan ini termasuk "adik bungsu" mereka iaitu ADUN Demak Laut YB Dr Hazland Abang Hipni.

Namun malangnya, (tanpa niat menghina) ada juga ahli PBB (khususnya, individu yang yang aku maksudkan ini) seperti tidak dapat mendalami pesanan Presiden mereka.

Difahamkan individu ini akan mencabar YB Hazland untuk jawatan Pengerusi PBB Demak Laut (yang sebelum ini telah dipegang oleh mantan ADUN Demak Laut iaitu Datuk Dr Abang Haji Abdul Rauf Abang Haji Zen) pada Pemilihan PBB Demak Laut yang akan diadakan pada September 8 ini.

Memanglah kita mengamalkan demokrasi tapi cuba bayangkanlah, ditakdirkanlah individu tersebut menang dalam pemilihan tersebut, berkemungkinan percanggahan perlaksanaan dasar atau hala-tuju PBB Demak Laut tidak mustahil akan berlaku disebabkan dengan adanya "pemimpin" dalam entiti tersebut!

Jadi buat individu berkenaan (dan juga penyokong-penyokongnya) yang difahamkan sedang sibuk melobi kesana-sini untuk tujuan tersebut, lebih baik anda semua fikir-fikirkan secara lebih mendalam lagi mesej yang ingin disampaikan oleh Presiden PBB dalam ucapannya itu.

Secara peribadi pula, aku rasa baik individu berkenaan membatalkan niatnya untuk menghantar borang pencalonnya sebagai Pengerusi PBB Demak laut dalam pemilihan intu nanti kerana ianya hanya akan mengakibatkan perpecahan dikalangan ahli-ahli PBB Demak Laut nanti. Wasallam.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List