Thursday 22 August 2013

TERKINI: TIGA GANGSTER 08 DIBERKAS POLIS!

-NASIB TAKDE YANG MAMPUS KALI NI! KORANG INGAT POLIS TU NAK MAIN-MAIN DENGAN KORANG KER? PADAN MUKA! MENYUSAHKAN MASYARAKAT JER! KEKEKE!!!-

Tiga lelaki yang disyaki ahli kumpulan kongsi gelap 08 diberkas polis selepas satu insiden berbalas tembakan dan kejar mengejar dari Subang Perdana hingga Taman Sentosa, Klang awal pagi tadi.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi, satu pasukan kereta peronda polis (MPV) yang menjalani rodaan rutin mereka telah terserempak dengan kenderaan saspek di Subang Perdana.

Saspek-saspek yang menaiki sebuah perodua Viva cuba melarikan diri apabila menyedari kehadiran pihak polis.

Dalam adegan kejar-mengejar tersebut, saspek juga dikatakan telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah kenderaan polis di tiga lokasi berasingan.

Dalam cubaan hendak meninggalkan kenderaan mereka, tiga dari saspek kemudiannya berjaya diberkas polis walaubagaimanapun, namun seorang saspek berjaya melepas diri di Taman Sentosa.

Polis juga merampas sepucuk pistol jenis Smith & Wesson di tempat kejadian.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List