Thursday, 22 August 2013

PEMBANGKANG TAK TAU BEZAKAN GELANGGANG MAHKAMAH & POLITIK?

-OPS CANTAS BERJAYA TAHAN 783 SASPEK, LAWYERS FOR LIBERTY DAH MULA BISING-BISING! KEKEKE!!!-

Empat hari Operasi CANTAS yang menjadikan kumpulan kongsi gelap, anggota penjenayah dan bekas tahanan EO sebagai sasaran selain penjenayah kecil-kecilan serta dadah, sudah ada kumpulan yang begitu gelisah dan resah. Anehnya, mereka ini merupakan kumpulan yang menggelarkan diri sebagai LAWYERS FOR LIBERTY (LFL) yang dianggotai oleh peguam.

Umum mengetahui, kerja peguam ialah membela sesiapa sahaja yang ada duit mengupah mereka, sekalipun yang mengupah mereka itu adalah pembunuh ibu bapa peguam-peguam itu sendiri!

LFL cukup terkenal dengan keghairahan mereka membela kaum LGBT atas nama HAK ASASI. LFL juga terkenal kerana kehebatan mereka membela nasib anggota kumpulan jenayah termasuklah kaum keluarga mereka, juga atas nama HAK ASASI.

783 orang telah ditahan menerusi Ops Cantas di seluruh negara. LFL pula menyatakan, PDRM dan kerajaan khususnya tidak perlu lagi menggunakan akta dan undang-undang yang sudah dianggap lapuk dan ketinggalan zaman seperti sebarang akta pencegahan yang membolehkan suspek ditahan untuk tempoh masa tertentu.

Sebaliknya LFL dengan penuh lagak cuba mengajar agar PDRM dan kerajaan menggunapakai kaedah dari negara-negara Barat, khususnya England dalam usaha menentang jenayah kerana kata mereka itu lebih praktikal dan lebih berkesan walaupun kadar jenayah di negara-negara yang mereka sebutkan itu tidak berkurangan pun berbanding Malaysia, bahkan jauh lebih tinggi sehingga akhirnya Amerika Syarikat sendiri terpaksa mewujudkan Akta Patriot yang menyerupai AKTA ISA yang telah dihapuskan oleh Kerajaan Malaysia. (BACA DI SINI

Keputusan PDRM untuk memerangi jenayah dengan menggunakan akta dan undang-undang sedia ada, nyata sudah pun memanaskan peguam-peguam terutama sekali yang menerima upah daripada organisasi jenayah. Peguam-peguam terbabit mencari-cari jalan untuk menghalalkan perbuatan mereka membela penjenayah dengan menggunakan semua saluran undang-undang yang ada dan kalau tidak boleh, mereka akan menggunakan media, terutama sekali media yang berpihak kepada pembangkang. Apatah lagi, di kalangan peguam-peguam tersebut, mereka sendiri merupakan pemimpin-pemimpin parti pembangkang!

Anehnya, dalam peperangan antara orang awam yang dianiayai oleh penjenayah, LFL atau mana-mana peguam dari parti pembangkang tidak pula bersuara. Bahkan mereka dengan pantas menyalahkan kerajaan kerana tidak mengambil langkah-langkah terbaik mengekang keganasan dan kekejaman penjenayah.

Puak-puak peguam ini sentiasa melihat dan beranggapan, orang awam tidak mempunyai sebarang hak berbanding penjenayah dan kumpulan penjenayah yang mampu mengupah mereka dengan harga tinggi!!! -The Flying Kick

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List