Sunday 18 August 2013

NEDIM NAZRI KIRA DAH KENA "TURUN PANGKAT" LER NI?

-TERKINI! AKHIRNYA JAWATAN ANAK MENTERI PERLANCONGAN & KEBUDAYAAN DATUK SERI NAZRI AZIZ DI "TUKAR"! KEKEKE!!!-


Akhirnya, pengendali web rasmi Kementerian Perlancongan dan Kebudayaan Malaysia telah menukar jawatan anak Nazri Aziz.

Yang terbaru ialah jawatannya ialah Pegawai Khas Ahli Parlimen Padang Rengas (Urusan Gen Y).

Sebelum ini, jawatan anak Nazri Aziz yang tertera di dalam web kementerian ialah 'Pegawai Khas' dan menjadi topik panas dalam alam internet ini.


Sebelum ini, MiM telah menulis satu entri mengenai topik ini. Di antaranya :

1. Seminggu ini, nama DS Nazri Aziz kembali menjadi topik panas. MiM mengharapkan beliau peka dan pro-aktif menjaga institusi kerajaan Barisan Nasional yang sering diserang oleh pihak pembangkang dengan pelbagai tuduhan seperti salah guna kuasa, rasuah, nepotisme dan kronisme. 

2. Walau pun rakyat sudah masak dengan wayang kulit kepimpinan pembangkang yang mengamalkan rasuah, nepotisme, salah guna kuasa dan kronisme, Nazri Aziz tidak patut memberi respons yang agak sombong dan bukannya mahu memperbaiki kesilapan yang berlaku. 

3. Kenyataan-kenyataan di bawah pasti akan terngiang-ngiang di fikiran rakyat terutamanya ahli-ahli UMNO termasuk MiM yang bakal memilih kepimpinan baru MT UMNO tidak lama lagi.

a. "And of course he doesn't have to be paid, he has a lot of money, his father is rich."   

b. "I don't care what people think. I don't care what bloggers, netizens, journalists write about me." 

c. " I don't please anybody but myself." 

4. MiM boleh baca karakter Nazri Aziz yang agak robust tetapi dalam hal ini, jika beliau mengaku dan kemudiannya nama anak beliau dikeluarkan daripada senarai Kementerian Perlancongan dan Kebudayaan Malaysia atau diperbetulkan jawatan anak beliau, segalanya boleh selesai dengan baik. seterusnya 

MiM tidak pasti siapa yang mengarahkan pengendali web rasmi kementerian Perlancongan dan Kebudayaan supaya memperbetulkan jawatan anak Nazri Aziz tetapi MiM berharap pihak itu ialah Nazri Aziz sendiri.

Beliau juga boleh mengeluarkan kenyataan untuk menarik kembali kenyataan-kenyataan beliau sebelum ini yang telah mengguris banyak pihak yang ikhlas menegur demi mempertabatkan imej dan maruah parti UMNO dan BN.

MiM yakin Nazri Aziz tiada masaalah untuk melakukanya. -Dr MiM 

PS: "I don't have to please any Ministers or YBs, I only need to please myself!" Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List