Wednesday 21 August 2013

KALAU GANGSTER 04 BETUL-BETUL BERANI, MARILAH!

-BEGITULAH CABARAN POLIS KEPADA KONGSI GELAP TERSEBUT & BERANGGAPAN GRAFITI GANGSTER 04 YANG DILUKIS DI DINDING KAWASAN BALAI POLIS SEBAGAI "KURANG HAJAR" DILAKUKAN OLEH "SAMPAH MASYARAKAT"! TABIK SPRINGLAH DENGAN PDRM! KEKEKE!!!-

Polis menjanjikan tindakan tegas terhadap ahli-ahli kumpulan, ekoran kejadian dinding di ibu pejabat polis di Banting sini yang dirosakkan dengan grafiti simbol Geng 04.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A.Thaiveegan berkata polis tidak akan takut dengan tindakan itu, yang dilabelkan sebagai "kurang ajar".

"Saya tidak fikir (grafitti) itu bertujuan mengancam. Ia hanya dilakukan oleh 'sampah masyarakat' yang tidak menghormati undang-undang.

"Jika itu adalah satu cabaran, itu bukan cara untuk melakukannya.

"Datang bertemu dengan Ketua Polis Daerah, dan kata 'Saya dari (kumpulan) 04. Jika mereka berani, marilah," kata Thaiveegan dalam sidang akhbar, Rabu.

Selain ibu pejabat polis Kuala Langat, nombor 04, simbol Swastika dan RIP (rehat dengan aman) didapati disembur pada 11 lokasi lain di Banting termasuk pondok polis dan bank di sini.

Kejadian berlaku selepas lima yang dipercayai anggota Geng 04 ditembak mati di Pulau Pinang pada Isnin.

Insiden itu telah membawa kepada bantahan daripada ibu bapa dan rakan-rakan ahli-ahli kumpulan dan juga beberapa ahli politik yang mendakwa polis bertindak "berlebih-lebihan" dalam melakukan tembakan.

Thaiveegan menasihatkan ibu bapa supaya lebih rapat dengan anak-anak mereka dan membuat laporan jika mereka mengesyaki anak-anak mereka terlibat dalam kegiatan tidak baik.

"Jika saya mempunyai seorang rakan yang saya tahu melakukan perkara tidak betul, saya akan cuba untuk membantunya atau membuat laporan. Sesetengah ibu bapa tidak tahu apa yang anak-anak mereka lakukan.

"Mereka tidak tampil ke hadapan dan memberi kerjasama. Tetapi apabila konfrontasi dengan pihak polis berlaku, semua orang menjerit dan menimbulkan masalah.

"Bulan lalu ramai mengadu tentang kejadian tembak dan bertanya apa yang polis lakukan. Jadi, apabila kita mengambil tindakan terhadap mereka yang disyaki, rakyat perlu memberikan polis sokongan.

"Kami melakukan ini untuk melindungi masyarakat," katanya. (sumber)

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List