Wednesday 21 August 2013

NASIB MALANG MEDIA SARAWAK, KENA "HALAU" DARI MAJLIS KERAJAAN LAGI!

-INI ADALAH KEJADIAN KEDUA MELIBATKAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN DIBAWAH VVIP SARAWAK YANG SAMA DIMANA PETUGAS-PETUGAS MEDIA DI NEGERI INI TELAH DI"HALAU" KELUAR DARI MAJLIS-MAJLIS RASMI MEREKA! APA LER YANG "TOP-SECRET" SANGAT TU SAMPAI MEDIA TAK BOLEH COVER TU HAH? KEKEKE!!!-

Lebih 20 petugas media yang berpangkalan di bandar raya ini, meluahkan rasa kesal apabila “dihalau” daripada majlis Perasmian Bengkel Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) siang tadi, walhal mereka diundang membuat liputan.

“Ini kali kedua media menerima layanan sebegini,” rungut seorang wartawan yang tidak mahu namanya disiarkan.

Menurut wartawan itu kejadian pertama berlaku pada Oktober lepas, juga melibatkan persidangan berkaitan kegiatan pertanian negeri anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sarawak.

Majlis hari ini pula anjuran Kementerian Pemodenan Pertanian Sarawak. Kedua-dua kementerian berkenaan diteraju oleh Tan Sri Alfred Jabu yang juga Timbalan Ketua Menteri.

Pada majlis hari ini, petugas media yang menerima undangan membuat liputan daripada Bahagian Media dan Komunikasi Korporat Jabatan Penerangan Sarawak, tiba di venue persidangan sekitar 9.45 pagi.

Jurugambar juga bebas mengambil gambar ketibaan Jabu untuk merasmikan persidangan pada pukul 10.30 pagi.

Bagaimanapun sejurus sebelum program bermula, pengacara membuat pengumuman meminta semua petugas media keluar dari dewan itu tanpa penjelasan lanjut.

Rata-rata petugas media yang hadir menyifatkan tindakan penganjur hanya memburukkan imej kementerian dan juga kerajaan negeri Sarawak. - BERNAMA

PS: Kebetulan, pada kali pertama insiden di mana media kena "halau", aku yang cover event tu. Aku tak tahu apa masalah sebenar penganjur majlis tu, tapi memang ya, mereka menghalau semua media yang nak buat coverage majlis tu! 

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List