Tuesday 20 August 2013

JIKA TAK LAPOR POLIS, ANDA DIANGGAP BERSUBAHAT!

-PERINGATAN KERAS INI DITUJUKAN KHUSUS KEPADA PENGUSAHA STESEN MINYAK DI SARAWAK UNTUK MENGELAKKAN KEKURANGAN DIESEL DI NEGERI INI LAGI! TAKDE ALASAN LAGI BEB! KEKEKE!!!-

Pengusaha-pengusaha stesen minyak diminta membuat laporan polis jika mereka diancam oleh sindiket diesel jika tidak, mereka (pengusaha stesen minyak) akan dianggap "bersubahat" dengan penjenayah.

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata secara logiknya, jika seseorang itu diancam, mereka harus pergi kepada polis dan membuat laporan polis.

"Sekiranya anda telah diancam oleh sindiket diesel, buatlah laporan polis sebagai bukti yang anda diancam jika tidak kami akan menganggap anda mungkin "berkompromi "dengan sindiket itu."

Wan Ahmad berkata setakat ini, KPDNKK Sarawak mempunyai 13 stesen minyak di dalam senarai hitam mereka yang disyaki menjual diesel subsidi kepada sindiket yang kemudiannya menjual semula untuk kegunaan industri.

"Walaupun kami masih belum mengambil apa-apa tindakan ke atas mereka, pengusaha-pengusaha stesen minyak akan pasti menghadapi beberapa masalah apabila hendak memperbaharui lesen mereka nanti."

Beliau berkata, dalam peraturan dalam lesen jelas dinyatakan bahawa mereka dilarang untuk menjual bahan api/diesel kepada mereka yang mempunyai tangki-tangki minyak yang diubahsuai.

Wan Ahmad berkata mereka tanpa kebenaran bertulis daripada kementerian beliau untuk tujuan jentera pembinaan untuk mengisi bahan api/diesl lebih daripada 250 liter diesel ke dalam kenderaan mereka atau diubahsuai atau tangki tambahan, ianya akan dianggap melanggar undang-undang.

"Mana-mana pemilik stesen minyak yang didapati melakukan kesalahan tersebut menghadapi risiko didenda RM100,000 atau hukuman penjara tiga tahun atau lesen stesen itu dibatalkan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961."

Wan Ahmad telah ditemuramah oleh pemberita semasa Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri kementerian beliau yang telah diadakan di ini KPDNKK di Jalan Tun Jugah berhampiran dengan Bandaraya Kuching City di sini pagi tadi.

Mengenai operasi KPDNKK yang telah dijalakan ke atas pengusaha-pengusaha perniagaan di seluruh Sarawak, Wan Ahmad berkata setakat ini (sehingga semalam), kementerian beliau telah mengesan 461 kes pelbagai kesalahan yang melibatkan rampasan sebanyak RM3.17 juta.

Mengingatkan pengusaha perniagaan mematuhi undang-undang yang ditetapkan, Wan Ahmad berkata kementeriannya akan meneruskan menjalankan operasi yang sama dengan pemeriksaan di mana-mana perbuatan yang salah dari masa ke semasa.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List