Friday 16 August 2013

JENAYAH TERKINI: RUMAH MUFTI PERLIS DIROMPAK!

-DIFAHAMKAN DATO DR JUANDA JAYA SERTA AHLI KELUARGANYA TELAH DI IKAT OLEH PEROMPAK-PEROMPAK YANG MEMECAH MASUK RUMAHNYA AWAL PAGI TADI!-


Rumah Mufti Perlis Dato Dr Juanda Jaya yang terletak di Samariang, Petra Jaya di Bandaraya Kuching ini telah dirompak awal pagi tadi.

Difahamkan, Juanda yang sedang bercuti Raya bersama semua ahli-ahli keluarganya telah diikat oleh beberapa orang perompak-perompak yang telah memecah masuk ke dalam rumah mereka.

Berita mengenai kejadian pecahrumah ini telah dihantar menerusi SMS oleh rakan UnReportedNews™® yang juga merupakan jiran kepada Juanda sekajap tadi.

Sehingga artikel ini di tulis, belum diketahui samaada satu laporan polis rasmi mengenai kejadian telah dibuat atau sebaliknya.

UnReportedNews™® akan mengikuti perkembangan kejadian ini. InsyaAllah.

PS: Hai, rase macam dah tak selamat lagi negara ni, tak lamer dulu rumah MP (KJ) kena rompak, sekarang pulak rumah mufti .. sekali mufti mohon doa nanti .. compom bala turun kat perompapak-perompak tu .. Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List