Sunday 4 August 2013

DUA PELAJAR DAKWA BAWA BOM DALAM BAGASI PENERBANGAN!

-KERANA PULUT SANTAN BINASA, KERANA MULUT BINASA! ITULAH PADAH YANG MENIMPA DUA PELAJAR IPT YANG MENDAKWA ADA MEMBAWA BOM DALAM BAGASI MEREKA! KALAU YE PUN NAK BERSELOROH TU AGAK-AGAKLAH & LAPANGANTERBANG BUKANLAH TEMPAT NAK BERSELOROH TENTANG BOM! KEKEKE!!!-

Sepasukan Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak dikejarkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) petang kelmarin gara-gara perbuatan tidak bertanggungjawab dua pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

Insiden tersebut dilaporkan berlaku sekitar jam 1 petang di kaunter daftar masuk sebuah syarikat penerbangan apabila dua pelajar lelaki itu mendakwa membawa bom di dalam bagasi mereka semasa diperiksa.

Menurut sumber, pekerja di kaunter tersebut terpaksa melaporkan perkara tersebut kepada polis apabila kedua-dua pelajar itu yang membawa dua bagasi berwarna merah jambu dan kelabu mengaku membawa bom selepas dua kali ditanya olehnya.

Kedua-dua pelajar itu kemudian ditahan oleh pihak keselamatan LTAK dan sepasukan Unit Pemusnah Bom yang diketuai Inspektor Meor Amir terpaksa dikejarkan ke tempat kejadian untuk menjalankan pemeriksaan.

Selepas pemeriksaan dijalankan, beg tersebut didapati tidak mengandungi bom dan kedua-dua pelajar tersebut diserahkan kepada pihak polis atas kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Pauzi Bujang semasa dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan memberitahu keduadua suspek berbangsa Bugis dan berasal dari Sabah.

“Kedua-dua suspek merupakan pelajar di sebuah IPT di sini dan semasa insiden, mereka dikatakan mahu pulang bercuti ke Sabah.

“Mereka ditahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan telah dibebaskan dengan ikat jamin polis hari ini (semalam),” katanya. (sumber

-UnReportedNews™®

1 comment:

  1. la...dibebaskan ikat jamin polis?? Tegas skit.. biar disumbat dalam lokap.. mana2 negara pun ada undang2...tapi jgn la perlekehkan undang2 negara MALAYSIA..

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List