Monday 26 August 2013

BILA DAH MULA TAK BERFIKIR SEBAGAI MENTERI, BAIK BERHENTI!

-AKIBAT MENGELUARKAN KENYATAAN YANG SEAKAN BERBAUR PERKAUMAN & MENYOKONG PENJENAYAH, SEMAKIN RAMAI MENTERI-MENTERI KABINET MEMBUAT GESAAN MENYOKONG SARANAN ZAHID HAMIDI AGAR WAYTHA SEGERA MELETAK JAWATAN! BANYAK JUGA "BURUNG TIONG" KAT MALAYSIA NI YER? KEKEKE!!!-

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy betul-betul sudah jolok sarang tebuan.

Semakin ramai yang tidak puashati dengan beliau yang mempertikai cara polis berdepan anggota kumpulan kongsi gelap yang ditembak dalam operasi pihak berkuasa itu di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Terbaru, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyokong gesaan supaya bekas pemimpin Hindraf itu melepaskan jawatan jika tidak berpuas hati dengan tindakan polis tersebut.

Beliau menyokong cabaran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini supaya Waytha Moorthy berhenti memegang jawatan berikutan tidak puas hati dengan kematian lima lelaki dipercayai anggota kongsi gelap dalam operasi polis itu.

Zahid berpendapat  Waytha Moorthy perlu meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sekiranya berfikir seperti pemimpin badan bukan kerajaan (NGO).

"Jika ada seorang tokoh yang pernah ketuai NGO, dan jadi anggota pentadbiran memberi komen negatif, berhenti dari kerajaan, duduk dalam NGO semula," kata ahli Parlimen Bagan Datoh itu.

"Dalam perkara ini jangan kita ada simpati kepada penjenayah," tegasnya.

Menurut Hishammuddin, Waytha Moorthy gagal mengawal emosi dan mendahulukan kepentingan politik berbanding sikap tanggungjawab sebagai anggota Kabinet.

"Saya setuju sangat dengan Zahid...apa yang disebut 101 peratus betul. Sebagai anggota Kabinet, kita tidak boleh meletakkan kepentingan peribadi melebihi pertimbangan secara kolektif," katanya kepada pemberita di PWTC, Ahad.

Kata Hishammuddin, beliau dan Zahid masing-masing mempunyai pandangan peribadi, namun sebarang pertimbangan atau kenyataan yang dibuat sebagai anggota kabinet sentiasa berlandaskan tanggungjawab kolektif.

"Sekiranya saya beremosi dalam membuat keputusan kes tragedi bas di Genting Highlands baru-baru ini, saya akan hentikan semua perkhidmatan bas ke Genting.

"Tetapi saya tidak boleh ikut emosi dan harus membuat keputusan berdasarkan kepimpinan yang waras," tegas Hishammuddin yang pernah menjawat Menteri Dalam Negeri.

Dalam pada itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa Waytha Moorty memohon maaf kepada kerajaan khususnya pihak polis ekoran kenyataannya itu.

Sambil menyokong pendirian Zahid dan Hishammuddin, beliau berpendapat timbalan menteri itu tidak sepatutnya buat kenyataan melulu memadangkan kedudukannya dalam kerajaan.

“Jenayah berlaku babitkan penjenayah dan orang yang memberi perlindungan kepada mereka. Tindakan Waytha Moorty melulu dan tidak adil...beliau sepatutnya meminta maaf,” ujar Shahidan yang menghubungi  Agenda Daily

-UnReportedNews™®

1 comment:

  1. Gunting dlm lipatan.

    Jikapun nak membela kaum sendiri tengoklah keadaan.Tak salah nak bela mereka yg miskin contohnya.Memberi bantuan kpd ibutunggal,pelajar2 sekolah etc.

    Ni nak bela penjenayah.Kutuk polis sekali.Tak patut pegang jawatan menteri.

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List