Thursday 18 July 2013

PENGECUT RUPANYA SI ANWAR NI YE?

-KALAU BERCAKAP DALAM MANA-MANA PERHIMPUNAN BUKAN MAIN LAGI, PERSIS NAGA BERASAP-ASAP & BERAPI-API TAPI HAKIKATNYA, BELIAU SEBENARNYA TAKDE TELOR! DEK TAKUT BERJUMPA DENGAN PAK HAKIM, SI NUAR BRAHIM TERPAKSA PAKAI "TRICK" BUDAK KECIK MENIPU MC! KEKEKE!!!-

Hensem tak aku? Kekeke!!! Gambar hiasan
Apa kelas ketua pembangkang Anwar Brahim ni sampai terpaksa menipu mahkamah dengan mengemukakan MC palsu untuk menangguh pembicaraan kes perhimpunan Bersih 3.0? 

Patutler banyak kes beliau yang tertangguh-tangguh sampaikan memakan masa bertahun-tahun lamanyer!

Entah-entah, berkemungkinan beliau telah menggunakan taktik yang sama juga hanya untuk memperlambatkan prosiding-prosiding mahkamah.

Pihak berwajib patut menyiasat samaada ada unsur-unsur penipuan yang telah berlaku. Ye ler, kalu jenis penipu tu memang penipu jugak kan? Kekeke!!!

Semalam, Bernama melaporkan bekas pembantu peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay pada Rabu membuat laporan polis berhubung dakwaan penggunaan dokumen cuti sakit palsu ketua pembangkang itu bagi menangguhkan perbicaraan kes perhimpunan Bersih 3.0.

Yuktes tiba bersama-sama dua rakannya di Balai Polis Jalan Travers, di sini pada kira-kira 10.40 pagi untuk membuat laporan polis itu.

Bercakap kepada pemberita kemudian, beliau mendakwa Anwar menyerahkan dokumen cuti sakit palsu itu pada September tahun lepas kepada mahkamah.

Beliau turut menyerahkan bukti dokumen cuti sakit palsu itu kepada polis.

"Penyerahan sijil (surat) palsu mungkin kelihatan sebagai perkara remeh, namun apa yang ingin saya buktikan di sini ialah kesanggupan pihak pembangkang mengkompromi sistem mahkamah," katanya.

Sehubungan itu, beliau mendesak bekas Presiden Majlis Peguam Negara Datuk S. Ambiga memandang serius isu penggunaan dokumen cuti sakit palsu oleh Anwar.

Yuktes menjelaskan beliau tidak mendedahkan perkara itu lebih awal kerana bimbangkan keselamatannya setelah beliau banyak menerima kecaman dan ugutan setelah surat-surat terbukanya kepada Anwar disiarkan di laman-laman portal.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List