Thursday 18 July 2013

PASANGAN PORNO MURAHAN "MAIN-MAIN" DENGAN POLIS KL?

-ITULAH MELEPASKAN ALVIN & VIVIAN TANPA SEBARANG IKAT JAMIN WANG, KAN SEKARANG MEREKA DAH MAIN "SOROK-SOROK" DENGAN  POLIS? KALI NI, LEPAS NI SUMBATKAN SAJA DALAM LOKAP SAMPAI TARIKH BICARA MAHKAMAH TANPA BOLEH DIJAMIN! KEKEKE!!!-


Sekiranya pasangan porno murahan yang gilakan publisiti itu; Alvin & Vivian ingat mereka boleh lolos & melarikan diri dari Polis Malaysia,  "think again whores, as the Royal Malaysian Police are recognised and acknowledged as one the best police institutions in the world!"

Kedua-duanya bagaikan "hilang" dan gagal dihubungi oleh pihak polis selepas memberi keterangan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) beberapa hari yang lepas berkaitan dengan siasatan mengenai gambar yang menghina Ramadhan dan umat Islam Malaysia yang dimuat-turunkan di akaun Facebook mereka berdua.

You can run but you definitely can't hide, kerana berdasarkan track record polis Malaysia membuktikan kecekapan anggota PDRM dan yang pastinya, lambat laun nanti pasangan keji ini akan berjaya dijejaki dan diberkas oleh pihak berkuasa.

Laporan mStar menyatakan, polis Kuala Lumpur membuka kertas siasatan terhadap pasangan penulis blog seks, Alvin Tan dan Vivian Lee.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata pasangan yang mencipta kontroversi dengan memuat naik sekeping gambar mereka sedang menikmati hidangan bak kut teh (sup tulang babi) dengan kapsyen Selamat Berbuka Puasa itu disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan.


Ku berkata usaha menghubungi pasangan blogger berkenaan tidak berjaya, selepas kedua-dua mereka tidak menjawab panggilan telefon ketika dihubugi.

"Kedua-dua mereka perlu hadir bagi membantu siasatan. Namun saya dimaklumkan mereka telah menghubungi pegawai penyiasat di Negeri Sembilan.

"Mereka berkata akan hadir di ibu pejabat polis Bukit Aman dengan peguam mereka," katanya kepada pmberita pada sidang media di ibu pejabat polis Kuala Lumpur di Jalan Raja Laut pada Rabu.

Difahamkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan melengkapkan siasatan terhadap pasangan blogger berkenaan sebaik sahaja mereka selesai menemu bual beberapa individu yang berkaitan dengan kes tersebut.

Menurut sumber, SKMM akan bercakap dengan beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan kes Alvin dan Vivian.

Pada Isnin, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Industri Pengawasan SKMM, Zulkarnain Mohd Yassin berkata suruhanjaya berkenaan mahu menyelesaikan siasatan mereka segera kerana ia melibatkan kepentingan orang awam.

Zulkarnain berkata kertas siasatan akan diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Sekiranya dikenakan tindakan, Alvin dan Vivian boleh didakwa atas kesalahan memaparkan gambar dan kata-kata yang menjelikkan di bawah Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Jika sabit kesalahan pasangan terbabit boleh didenda sehingga RM50,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List