Tuesday 2 July 2013

"KERANDA" RED BEAN ARMY SEDANG DITEMPAH!

-KABINET AKAN MEMBINCANGKAN ADAKAH KEWAJARAN SATU SURUHANJAYA SUASATAN DIRAJA (RCI) PATUT DIWUJUDKAN UNTUK MENYIASAT RED BEAN ARMY! JAWAPANNYA SUDAH TENTU KERANA MANGSA-MANGSA PENGHINAAN & MAKI-HAMUN JUGA MELIBATKAN RAJA-RAJA & SULTAN TERMASUK DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG!-

Kerajaan akan mempertimbangkan kewajaran cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat tentera siber pembangkang, Red Bean Army (RBA).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang dilaporkan mStar sebagai berkata, perkara itu akan dibawa ke kabinet pada Jumaat ini.

Keputusan untuk membawa isu berkenaan ke Kabinet dibuat selepas menerima cadangan daripada gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu Islam melalui satu memorandum yang diserahkan kepada beliau pada Selasa.

Tambah Shahidan, kerajaan bersifat terbuka dan sedia menimbang kewajaran penubuhan suruhanjaya itu selepas dibincangkan dalam Kabinet.

"Pada pandangan kumpulan yang mewakili 130 NGO itu mereka mendakwa RBA sangat berbahaya jika dibiarkan berterusan tanpa penguatkuasaan.

"Selain banyak laporan polis telah dibuat terhadap tentera siber ini, mereka turut mendakwa RBA menerima sumbangan besar daripada pembangkang untuk menjalankan kegiatan mereka," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen, di sini.

Terdahulu, beliau menerima memorandum tersebut daripada Presiden Kelab Wartawan Muda, Dzulkarnain Taib yang mewakili gabungan NGO itu.

Shahidan Kassim (kiri) menerima memorandum daripada Dzulkarnain Tain (kanan) mendesak kerajaan menubuhkan siasatan diraja bagi menyiasat kumpulan Red ean Army yang dipercayai dibiayai dan didalangi pihak pembangkang. Foto BERNAMA
Memorandum tersebut menyatakan gesaan kepada kerajaan bagi menyiasat secara mendalam dan terperinci peranan RBA menyerang institusi-institusi negara melalui media sosial supaya dilihat lemah.

Bantahan tersebut sebagai mengelak perpecahan masyarakat antara kaum negara ini.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List