Monday, 29 July 2013

HOI KOMUNIS, LU JANGAN LUPA FAKTA!

-PEMBIKIN FILEM THE NEW VILLAGE JANGAN BUTA SEJARAH DENGAN MELUPAI BEBERAPA FAKTA PENTING! AKU CADANG MACAM NI JER LER, MANA-MANA PAWAGAM YANG MENAYANGKAN FILEM INI, TARIK JE LESEN MEREKA & SEKIRANYA KERAJAAN DAH "TAK MAMPU" MEMBENDUNG PENAYANGAN INI, SEMUA MELAYU BOIKOTKAN FILEM INI SEHINGGA PRODUSERNYA TAK BALIK MODAL, BIAR SAPA-SAPA YANG BERFAHAMAN KOMUNIS JE TENGOK CERITA NI! KEKEKE!!!-

Kita tidak tahu apa yang bermain difikiran para pembikin filem kontroversi The New Village yang bakal ditayangkan di seluruh negara 23 Ogos ini.

Yang pasti, sama ada cuba mengelak atau tidak, mereka kena akui yang mereka telah mengangkat martabat komunis amnya dan Parti Komunis Malaya (PKM) khususnya ke tahap yang cukup tinggi.

Lebih menyakitkan hati, mereka cuba ‘melembutkan’ segala kejahatan dan kemungkaran yang dibuat PKM sebaliknya ‘mencantik dan menghalalkan’ pergerakan kumpulan bersenjata itu dalam bentuk yang cukup kreatif iaitu melalui medium perfileman.

Mereka ternyata lupa subjek yang mereka ingin ‘agungkan’ itu sebenarnya merupakan sekumpulan manusia yang mempunyai sifat cukup kejam dan mempunyai perangai yang cukup jelik khususnya di mata mereka yang telah berjuang mati-matian untuk negara Malaysia yang tercinta ini.

Sepatutnya, SEBELUM pembikin filem The New Village ini menggunakan kebebasan hak dan idea mereka untuk mengangkat subjek ini di layar perak, mereka perlu tahu apa yang dah PKM lakukan tanah air kita khususnya dari tahun 1948 hingga 1989.

Kalau tak tahu, mari penulis nak bagitahu;

1. Tiga orang peladang Inggeris telah dibunuh di Perak pada 16 Jun 1948. Peristiwa ini telah menyebabkan penjajah British mengisytiharkan darurat.

2. Seramai 18 anggota polis telah terkorban dalam satu serangan mengejut komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong pada waktu subuh 23 Februari 1950.


3. Sepanjang tahun 1950, seramai 120 anggota polis terbunuh, manakala 222 orang Polis Khas (SC) terkorban akibat kekejaman komunis.

4. Pada 1 Oktober 1951, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu, Sir Henry Gurney dibunuh dalam satu serang hendap di Bukit Fraser.

5. Pada 17 Jun 1968, segerombolan gerila komunis telah menyerang hendap konvoi pasukan keselamatan Malaysia di Pekan Kroh (Pengkalan Hulu) dan membunuh 17 anggota polis.

6. Seorang ahli UMNO telah dibunuh oleh ejen komunis di Pulau Pinang pada April 1969.

7. Pada 24 Julai 1969, seorang wanita Cina telah dibunuh di Sintok, Kedah kerana didakwa belot kepada perjuangan komunis.

8. Pada 10 Disember 1969, komunis telah meletupkan jambatan keretapi di Kok Mak berdekatan dengan sempadan Padang Besar, Perlis.

9. Komunis telah menyusup masuk ke Padang Besar dan melepaskan 3 das tembakan ke arah balai polis di situ pada 14 Disember 1969.

10. Dalam satu peristiwa pada tahun 1970-an, komunis telah memusnahkan jentera dan peralatan membina jalan yang digunakan untuk membina Lebuhraya Timur-Barat.


Kekejaman komunis terhadap anggota polis Cawangan Khas (SB):

11. Timbalan Penguasa Polis, Wong Lin Hoon telah mati ditembak di Kuala Lumpur pada tahun 1973.

12. Komunis terus mengganas dengan membunuh Ketua Inspektor Chin Chin Kou pada 12 Julai 1973 di Serdang, Kedah. Diikuti 3 bulan kemudian, Detektif Sarjan Chong Kek Oh yang mati ditembak di Sungai, Siput, Perak.

13. Pada 3 Januari 1974, Detektif Konstabel Lee See Kaw telah mati ditembak di Malim Nawar, Perak, diikuti pembunuhan terhadap Detektif Sarjan Lee Yoon Chin pada 20 April 1974 di Melaka. 4 hari kemudian, Detektif Konstabel Ong Soon Chua yg mati ditembak di Chemor, Perak.

14. Pada 6 Jun 1974, komunis bertindak lebih kejam apabila menembak mati Ketua Polis Negara, Tan Sri Abd. Rahman Hashim semasa beliau berada di dalam keretanya di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.


15. Komunis telah mengebom Tugu Negara pada 26 Ogos 1975 hingga mengakibatkan kerosakan besar.


16. Dua minggu kemudian, komunis telah melemparkan bom tangan ke arah kem Pasukan Polis Hutan (PPH) yg terletak di Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur, membunuh 2 orang anggota dan mencederakan 41 anggota yang lain.

17. Pada 13 November 1975, Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong telah dibunuh di Ipoh semasa berada di dalam kereta. Kejadian tersebut turut meragut nyawa pemandunya Sarjan Yeung Peng Cheong.

18. Antara tahun 1969 hingga 1978, seramai 395 anggota pasukan keselamatan telah terbunuh, manakala 919 yang lain cedera.

19. Seramai 70 orang awam telah terkorban, manakala 75 yang lain tercedera dalam tempoh 1968 hingga 1982.

Pembikin filem The New Village jangan lupa, kita tidak menerima komunis sebagai pejuang kemerdekaan negara kerana asas perjuangan mereka bukan untuk kemerdekaan atau mempertahankan anak watan Tanah Melayu daripada British atau mana-mana penjajah.

PKM ditubuhkan untuk menyebarkan ideologi komunis, membentuk negara komunis di Tanah Melayu dan menjaga kepentingan kaum Cina.

Sebab itu, majoriti orang Melayu di Kepulauan Melayu (Semenanjung Tanah Melayu, Singapura dan Indonesia) menolak Komunis.

Malahan yang menubuhkan Parti Komunis Malaya (PKM) pun bukan anak watan tanah air.

Justeru siapa yang mengatakan PKM pejuang kemerdekaan, sementara Polis Melayu dan pemimpin Melayu seperti Dato Onn dan Tunku Abdul Rahman alat British, jelas menunjukkan mereka tidak mengenali sejarah negara dengan jelas.

PKM juga sebenarnya alat British semasa penjajahan Jepun.

PKM menubuhkan Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) kerana permusuhan antara kerajaan Komunis China dan Jepun serta bertujuan melindungi kaum Cina di Tanah Melayu yang paling teruk menjadi mangsa kezaliman Jepun.

Selepas British kembali menduduki Tanah Melayu, PKM masih bekerjasama dengan British.

Namun British tidak mahu mengiktiraf ideologi komunis dan ini menimbulkan penentangan PKM terhadap British.

Sebaliknya, British memilih untuk berunding dengan Sultan-sultan Melayu dan nasionalis Melayu bagi proses memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu.


Ternyata pembikin filem The New Village cuba menulis kembali sejarah mengikut acuan dan kepentingan mereka…dengan cara yang cukup jijik dan hina! 


(sumber

-UnReportedNews™®

1 comment:

  1. Cinabeng komunis boleh Blah dari tanah Melayu!!!

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List