Tuesday 2 July 2013

BR1M: KERAJAAN KAJI NAIK HAD KELAYAKAN

-KAJIAN MENGENAI KENAIKAN SYARAT PENDAPATAN ISIRUMAH DARIPADA RM3,000 SEBULAN KE RM5,0000 SEBULAN AKAN DIJALANKAN BAGI MEMASTIKAN LEBIH RAMAI RAKYAT MENIKMATI FAEDAH INI-

Kerajaan sedang mengkaji cadangan untuk menaikkan syarat kelayakkan pendapatan isi rumah bagi permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan dalam laporan mStar sebagai berkata, kementeriannya sedang meneliti pelbagai cadangan yang diterima semasa konsultasi Bajet 2014 termasuk untuk menaikkan had pendapatan isi rumah bagi meluaskan penerima bantuan berkenaan.

"Cadangan untuk naikkan syarat pendapatan itu sedang diteliti oleh Kementerian Kewangan, tapi kita belum lagi buat keputusan mengenai perkara ini," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini di Kuala Lumpur semalam.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Nawawi Ahmad (BN-Langkawi) yang bertanyakan sama ada kerajaan bercadang menaikkan jumlah syarat tersebut.

Menurut Nawawi, kenaikkan syarat pendapatan isi rumah daripada RM3,000 sebulan perlu dinaikkan sehingga RM5,000 bagi memastikan lebih ramai rakyat menikmati faedah itu.

Jumlah penerima BR1M 2.0 yang diagihkan pada Februari lalu meningkat hampir sekali ganda berbanding tahun lepas.

Pada 2012 hanya 245,000 orang terima BR1M dan melibatkan perbelanjaan RM122.4 juta.

Bagi 2013, tujuh juta isi rumah dan individu bujang memperoleh BR1M 2.0 yang melibatkan peruntukan RM3 bilion.

Pemberian BR1M 2.0 diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2013.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List