-ADAKAH BERKEMUNGKINAN, FITNAH YANG DIDAKWA DILEMPAR KEPADA KETUA SETIAUSAHA POLITIK KM TERSEBUT BERKAITAN DENGAN KONVENSYEN PBB YANG BAKAL DIADAKAN TAK LAMA LAGI? MUNGKIN YA ATAU SEBALIKNYA, WALAU APAPUN, UnReportedNews™® TETAP AKAN MENGHORMATI APA JUA KEPUTUSAN YANG DIAMBIL BELIAU!-
Tak putus-putus handphone admin UnReportedNews™® berdering dari pelbagai pihak semenjak artikel "KETUA SETIAUSAHA POLITIK KM AKAN BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP FITNAH KE ATASNYA?" telah disiarkan semalam.
Mohon maaf Datuk-Datuk, mohon maaf YB-YB dan mohon maaf teman-teman sekalian, identiti sumber yang memberitahu segala maklumat kepada UnReportedNews™® berkaitan artikel tersebut tidak mungkin akan didedahkan sampai bila-bila dan biarlah ianya dibawa sampai ke mati.
Alhamdullillah, hakikatnya semua maklumat tersebut sememangnya betul dan sahih, jikalau tidak, pasti sudah Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdullah Haji Saidol sudah menerpa ke pejabat atau paling tidak pun akan menalipon admin UnReportedNews™® memintakan penjelasan!
Terkini, UnReportedNews™® mendapat maklumat dari satu sumber, iaitu seseorang yang berpengaruh dalam PBB serta paling rapat dengan pucuk kepimpinan PBB mennyatakan, YB Dollah tidak mungkin akan meneruskan niat beliau untuk mengambil sebarang bentuk tindakan undang-undang terhadap individu yang didakwa telah memfitnahnya!
Bila ditanya mengapa pula YB Dollah tidak mahu meneruskan niatnya, sumber tersebut menerangkan biarpun bentuk tuduhan yang dikatakan ditujukan kepada YB Dollah mencabar krebilitinya sebagai Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri, YB Dollah lebih mementingkan nama PBB kerana individu yang didakwa memfitnahnya adalah dari kalangan ahli PBB sendiri!
"YB Dollah telah dinasihati untuk mempertimbangkan niat beliau demi menjaga nama baik parti serta untuk tidak mengeruhkan suasana dalam menghadapi Konvensyen PBB tak lama lagi dan Alhamdullillah, saya difahamkan beliau (YB Dollah) telah menerimanya (nasihat) dengan baik," tambah sumber tersebut lagi.
"Ting"!, kata-kata sumber berkenaan tiba-tiba saja membuat UnReportedNews™® terfikir, apakah serangan ini berkemungkinan ada kaitan dengan Konvensyen PBB yang bakal akan diadakan (kalau tak silap sebelum bulan September, tahun ini).
Apakah kehadiran YB Dollah dianggap "penghalang" oleh individu yang didakwa memfitnahnya demi mencapai hasrat beliau untuk mendapat kedudukan dalam PBB?
Sekiranya andaian UnReportedNews™® betul, hebat benarkah YB Dollah ni sehinggakan beliau terpaksa "dicantas" sedemikian rupa dengan cara yang sebegitu kotor sekali! Cammonlah Bro, be a gentleman and contest fairly lah!
Dan kepada permintaan sumber agar usahlah menulis lagi perkara yang dirasakan mungkin akan "mengaibkan" PBB ataupun BN, admin UnReportedNews™® terpaksa mohon maaf kerana tidak mungkin dapat menurutinya kerana atas TIGA sebab utama:
1. (Biarpun bukan ahli PBB) Admin UnReportedNews™® tetap akan mempertahankan intergriti dan maruah PBB dan BN Sarawak atas dasar keyakinan kepada pucuk pimpinan dengan segala daya upaya yang ada menerusi penulisan.
2. (Dengan tiada niat menghina mana-mana pihak) Kurangnya penerangan kepada masyarakat umum ke atas isu-isu yang dianggap sensitif atau dianggap taboo lebih-lebih lagi berkaitan PBB atau BN didalam dunia maya apatah lagi jikalau sesuatu isu tersebut telah didedahkan dimuka-muka akhbar utama.
3. Hanya segelintir saja blogger-blogger tempatan saja yang berani mempertahankan entiti kerajaan (Sarawak) jika dihambur fitnah dan pembohongan, kerana dari pandangan masyarakat, tindakan berdiam diri itu, berkemungkinan segala yang dilemparkan itu adalah benar!
Maka itu, diharap semua pihak boleh memahami perinsip UnReportedNews™®, itu saja buat kali ini, mohon maaf jika ada terkasar bahasa, salam ikhlas.
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®