-KAMI MASYARAKAT KAMPUNG DATUK TIDAK AKAN BERPINDAH & AKAN TETAP MEMPERTAHANKAN HAK KAMI. KAMI POHON PIHAK YANG BERWAJIB MEMBANGUNKAN SEMULA KAMPUNG DATUK. JANGAN AMBIL KESEMPATAN DIATAS MUSIBAH YANG MENIMPA KAMI. DEMIKIANLAH RINTIHAN MANGSA-MANGSA KEBAKARAN KAMPUNG DATUK! TOLONG BUKTIKAN AKUJANJI BN; "RAKYAT DIDAHULUKAN" BUKAN SEKADAR SEBAGAI MOTTO SAHAJA!-
Mangsa kebakaran Kampung Datuk Sibu enggan berpindah ke penempatan baru dan mahu kekal di tempat asal mereka.
TM bersetuju dengan cadangan penduduk. Kampung Datuk perlu dikekalkan sampai bila-bila.
Sebelum ini sebahagian daripada kampung tersebut telah dipindahkan ke Kampung Datuk Baru yang berhampiran Kampung Bandong dan Kampung Nangka dan Hotel Paramount yang terdapat berhampiran tempat kebakaran adalah dibina diatas bekas tapak rumah-rumah Kampung Datuk.
30 tahun lalu, petempatan awal orang Melayu di Kampung Nyabor telah dipindahkan ke Kampung Bandung yang dan lenyaplah sejarah petempatan terawal orang Melayu di Sibu.
Kini setelah berlaku kebakaran besar dan jika penduduk dipindahkan ke kawasan lain bermakna akan lenyap sebuah lagi perkampungan melayu di Sibu selepas Kg Nyabor.
Menghairankan mengapakah SMC hanya nampak perkampungan Melayu untuk dijadikan bandar, banyak lagi kawasan perkampungan Cina seperti Jalan Tong Hua , Jalan Tong Sang dan sebagainya.
Kebanyakan rumah-rumah yang musnah adalah jenis rumah bagan yang dibina atas tebingan Sungai Igan. Rumah-rumah yang berhadapan jalan raya adalah rumah asal dan yang di belakang-belakang kebanyakan adalah rumah setinggan sama ada anak cucu mereka.
Tinggal di rumah bagan ini cukup menyeronokkan. selain hawa sejuk, bunyi kocakan air pasang atau akibat ombak kecil yang dihasilkan oleh kipas bot dapat juga menenangkan jiwa.
Rumah bagan juga berguna sebagai benteng pemecah ombak dan menahan hakisan sungai, jika tiada rumah-rumah tersebut sudah lama Jalan Kampung Datuk akan dimusnahkan oleh hakisan sungai.
Jika petempatan ini dibangunkan semua, jarak rumah hendaklah diutamakan bagi mengelakkan bencana kali kedua. Jumlah rumah juga perlu dihadkan selain itu hak milik tanah perlu dikeluarkan walaupun tinggal di atas sungai. Cukai tanah dan cukai pintu juga perlu dikenakan.
Ia ianya berjaya direalisasikan bermakna Kampung Datuk akan muncul sebagai kawasan perumahan yang cantik, tersusun dan mampu menjadi produk tarikan pelancong seperti mana rumah bagan di Pulau Pinang. (sumber)
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®