Saturday 25 May 2013

PERHIMPUNAN HARAM: PEMBANGKANG CAKAP TAK SERUPA BIKIN

-PERTEMUAN SECARA RAHSIA DIANTARA ZAHID & BEBERAPA ORANG PEMIMPIN PEMBANGKANG MENGENAI "SYARAT-SYARAT PERHIMPUNAN" BERKENAAN TELAH DIADAKAN TAPI SEBALIKNYA, PEMBANGKANG MELANGAR SYARAT! JANGAN BAGI PELUANG LAGI KEPADA PENGHASUT-PENGHASUT INI LAGI! BALUN JER! KEKEKE!!!-

Tanpa diketahui umum, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengadakan perbincangan dengan beberapa pemimpin pembangkang dan mencapai persetujuan perhimpunan diadakan secara aman.

Bagaimanapun, menurut Ahmad Zahid yang dipetik Bernama sebagai berkata pemimpin pembangkang berkenaan “menyanyikan lagu yang berlainan” apabila bersama dengan penyokong mereka.

“Saya meraikan perbezaan pendapat dan bersetuju untuk berbincang dengan mereka.

“Mereka pun bersetuju untuk mengadakan perhimpunan secara aman dengan memberi notis 10 hari, perhimpunan sepatutnya diadakan di tempat tertutup dan perhimpunan tidak menimbulkan provokasi,” katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu program Hello Malaysia terbitan Bernama TV, di Wisma Bernama di Kuala Lumpur, malam Sabtu.

Persetujuan itu katanya, dicapai bagi mengelakkan timbul masalah yang tidak diingini.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid enggan mendedahkan nama pemimpin pembangkang terbabit kerana menghormati kerahsiaan perjumpaan itu.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List