Saturday 25 May 2013

JANGAN AJAR KARPAL!

-HE BELIEVES HE CAN FLY, HE BELIEVES HE CAN TOUCH THE SKY, I SAW HIM "TERGOLEK-DOG" BESIDE THE STAGE, NA-NA-NA-NA-NA! KEKEKE!!!-

Pengerusi DAP, Karpal Singh membidas pihak yang mengkritik cadangannya sebelum ini supaya Dewan Negara dimansuhkan.

Dalam nada tegas, Karpal berkata, beliau tidak perlu diajar tentang undang-undang kerana memang arif serta pakar dalam bidang berkenaan.

"Perlembagaan telah dipinda banyak kali oleh Barisan Nasional (BN), jadi apa masalah berhubung saranan saya supaya ia dipinda kembali?

"Perkara ini bukan berkaitan tidak menghormati Perlembagaan. Jadi jangan ajar saya tentang undang-undang," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berkata demikian ketika diminta mengulas kritikan yang diterimanya termasuk daripada Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) baru -baru ini selepas membuat cadangan berkenaan.

Karpal sebelum ini mendakwa Dewan Negara tidak mencapai matlamat fungsinya selain menggalakkan individu yang kalah dalam pilihan raya dibawa masuk melalui pintu belakang selain membazir wang rakyat.

Dalam pada itu, Karpal turut mempertikaikan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhubung tindakan polis menahan individu tertentu yang mengancam keselamatan negara sebagai tiada kaitan dengan politik.

"Ketua Polis Negara bertindak atas arahan menteri, jadi bagaimana boleh timbul isu dikatakan tidak ada kena mengena dengan politik?," soalnya. (sumber)

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List