Saturday, 30 March 2013

USAHA SARAWAK MEMULIHARA ALAM SEMULAJADI DITAHAP "LUARBIASA"

-PELAKON ANTARABANGSA DATUK MICHELLE YEOH & BEBERAPA LAGI PELAKON-PELAKON DARI SELURUH PELUSUK DUNIA TERMASUK DARI HOLLYWOOD & BOLLYWOOD KINI BERADA DI SARAWAK SEMPENA FESTIVAL AIFFA 2013-

Michelle melihat seekor anak penyu-fotoBERNAMA
Pelakon filem antarabangsa Datuk Seri Michelle Yeoh pada Jumaat melawat Pulau Talang Besar, sebuah pulau di taman laut negara pertama Sarawak, Talang-Satang, untuk mempromosi usaha memulihara populasi penyu di negeri ini.

Menurut laoran BERNAMA, kagum dengan usaha Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) itu, Yeoh berkata: "Usaha SFC ini sungguh luar biasa dan saya yakin, semua orang, termasuk media, akan terus memberi ikrar sokongan mereka untuk menjadikan program ini lebih berjaya.

"Usaha ini sangat penting. Seperti yang anda katakan, penyu Sarawak adalah penyu kita juga dan jika kita tidak melindunginya, ia (penyu) akan lenyap," katanya kepada pemberita selepas lawatan itu.

Kedatangan pelakon kelahiran Malaysia ini jelas sekali meningkatkan semangat petugas di taman laut berkenaan, lebih-lebih lagi apabila beliau menawarkan diri untuk menjadi jurucakap bagi mempromosi inisiatif pemuliharaan penyu yang dilaksanakan SFC.

Ketika lawatan itu, Yeoh melepaskan 17 anak penyu yang baru menetas ke dalam laut dan mengambil sebagai anak angkat 10 tempat penetasan penyu, yang mengandungi 800 telur, satu program anak angkat anjuran SFC.

Lebih menarik lagi, Yeoh menamakan setiap tempat penetasan itu dengan mengambil sempena nama anggota keluarganya seperti Sy Kai, Michelle Thompson, Caroline dan Christian Hu Hu.

Yeoh melakukan lawatan ke Kuching sempena Festival Anugerah Filem Antarabangsa dan ASEAN 2013 (AIFFA) selama tiga hari, yang berakhir esok.

Taman Negara Talang-Satang, yang meliputi kawasan kira-kira 19,400 hektar (19.4 km persegi), menerima 95 peratus daripada keseluruhan pendaratan penyu di Sarawak, terutama penyu hijau (Chelonia Mydas). 

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List