Wednesday, 27 March 2013

SEMANGAT JUANG SAKI-BAKI PENGGANAS SULU KIAN LUNTUR!

-TIGA PENGGANAS SULU YANG DIKESAN OLEH PASUKAN KESELAMATAN KITA SEBELUM BERBALAS TEMBAKAN MUNGKIN SEDANG BERKELIARAN MENCARI MAKANAN! BUKAN SAJA TERKINCIT MELARIKAN DIRI, MALAH YANG SALAH SATU DARI SENJATA MEREKA TERCICIR, NASIB BAIK "BURUNG PUNAI" MEREKA MELEKAT KAT BADAN, SEANDAINYALAH ADA YANG JENIS BOLEH DI "DETACHABLE" ATAU YANG BOLEH "DICABUT-CABUT", MEMANG TERCICIR JUGAK "ANU" MEREKA SEMUA KAT SITU! KEKEKE!!!-

Satu insiden berbalas tembakan di antara sekumpulan pengganas Sulu dan pasukan keselamatan negara kita berlaku berdekatan Sungai Bilis, Gugusan Labian lebih kurang jam 7.30 pagi hari ini.

Difahamkan ketika kejadian berkenaan, pasukan keselamatan negara sedang membuat rutin pemeriksaan Ops Daulat yang telah memasuki hari ke 23 semenjak ianya dilancarkan untuk membentras dan menjejaki saki-baki ahli kumpulan pengganas Sulu yang menceroboh Lahad Datu sejak bulan lepas.

Menurut sumber, pasukan keselamatan kita yang terdiri dari gabungan anggota-anggota PDRM dan ATM terserempak dengan sekurang-kurangnya tiga orang pengganas yang bersenjata sebelum melepaskan tembakan ke arah mereka.

Pada mulanya, kedua-dua pihak berbalas tembakan antara satu sama lain namun kumpulan pengganas Sulu tersebut, bagaikan menyedari peluang mereka untuk begitu tipis sekiranya terus bertahan disitu kemudiannya mengambil keputusan untuk berundur sebelum melarikan diri.

Walaubagaimanapun, pihak keselamatan kita tidak berjaya membunuh atau menangkap pengganas dalam pertempuran pagi tadi, sepucuk pistol jenis revolver .38 berserta enam butir peluru dan sebilah parang dipercayai milik salah seorang dari pengganas berdekatan tempat kejadian yang disyaki telah tercicir sewaktu mereka melarikan.

Statistik terkini jumlah tangkapan yang disiasat di bawah security offences (special measures) act 2012, (sosma) adalah seramai 119 tangkapan. tangkapan kes-kes lain seramai 316 orang dan setakat ini jumlah mayat pengganas yang berjaya dibawa keluar adalah sebanyak 40 orang dan dua mayat kanak-kanak.

Jumlah pengganas yang ditembak mati pula adalah seramai 65 orang serta jumlah mayat yang telah dikebumikan adalah seramai 29 orang dan operasi pembersihan/penggeledahan di kawasan Kampung Tanjung batu masih diteruskan.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib yang mengesahkan kejadian itu juga menyatakan pasukan keselamatan memutuskan bahawa Kampung Tanduo yang menjadi lokasi pendaratan kumpulan penceroboh militan Sulu akan ditutup dan tidak lagi menjadi kawasan petempatan penduduk.

"Semua penduduk kampung itu yang kini menghuni pusat pemindahan sementara akan dipindahkan ke satu lokasi baru yang akan diputuskan kemudian dan keputusan itu dibuat selepas pihak keselamatan mendapati kawasan yang menjadi kubu pengganas sejak pencerobohan 12 Februari lepas itu terjejas teruk susulan gerakan ofensif yang dilancarkan 5 Mac lepas."

Hamza menegaskan setakat ini, itu yang mereka putuskan, mereka akan berbincang perkara ini lagi tetapi perbincangan di peringkat pasukan keselamatan mendapati lebih sesuai penduduk kampung itu yang jumlahnya tidak begitu ramai ditempatkan di satu tempat yang akan dikenal pasti kemudian.

Dalam sidang akhbar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, siang tadi, Hamza menyaakan penempatan semula penghuni 12 rumah di kampung itu akan dibuat di kawasan berdekatan Kampung Tanduo dan lokasinya akan dikenal pasti dengan kerjasama pengurusan Felda Sahabat.

"Buat kawasan Kampung Tanjung Batu pula, ianya kini bebas daripada ancaman pengganas dan pihak kami akan bermesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negara, Pejabat Daerah Lahad Datu dan ketua masyarakat kampung berkenaan bagi membincangkan proses membenarkan penduduk untuk kembali ke rumah masing-masing."

Menjelaskan proses penggeledahan dan pembersihan akan diteruskan ke Tanjung Labian dan Tanagian sebelum memasuki kawasan Sungai Bilis, Hamza yakin proses itu mampu diselesaikan segera sebelum memutuskan untuk membenarkan penduduk kembali ke rumah atau sebaliknya.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List