Friday 22 March 2013

TAIB SIMPAN HASIL HARAM DI SINGAPURA? TIPULAH!!!

-DAH-DAH-DAH, MACAM MANA NI? ADE KER TIDAK? BETUL KAH PALSU? INI REAKSI DARI SINGAPURA YANG KONONNYA TELAH DIKATAKAN SEBAHAGIAN DARIPADA GEDUNG PENYIMPANAN "HARTA HARAM" TAIB & KELUARGANYA! NAH! EMPUNYER BADAN PUN TAK MENGAKUINYA! KEKEKE!!!-

Video kontroversi mendakwa penyelewengan membabitkan Ketua Menteri Sarawak dan keluarganya serta dakwaan mereka menyembunyikan hasil haram itu di Singapura, menerima reaksi tegas daripada Monetary Authority of Singapore.

Menurut laporan Bernama, akhbar tempatan, The Straits Times melaporkan bank pusat itu berkata dakwaan 'sting video' bahawa kerajaan Singapura merahsiakan maklumat kewangan daripada pihak berkuasa Malaysia adalah palsu.

Katanya Singapura menyediakan laporan penuh seperti yang dipinta Malaysia bagi tujuan cukai dan kedua-dua negara mempunyai hubungan kerja yang baik berhubung percukaian.

"Dakwaan itu palsu," kata bank berkenaan.

"Bertentangan dengan dakwaan dalam video itu, Singapura setakat ini menyalurkan maklumat penuh yang dipohon Malaysia bagi tujuan percukaian."

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List