Friday, 22 March 2013

PENGGANAS AZUMUDIE DIBUNUH OLEH ANGGOTA MNLF NUR MISUARI

-AZUMUDIE TERBUNUH PADA MALAM 10 MAC 2013, JADI SI KIRAM III SELAMA INI MENGELENTONG SATU DUNIA LAH YANG DIA SERING MENHUBUNGI ADIKNYA? ATAU MEMANG JELMAAN AZUMUDIE YANG MENALIPON ABANGNYA; KIRAM III! EEEEEE TAKUT! KEKEKE!!!-

Menurut laporan MyMassa, semalam pasukan keselamatan negara kita menafikan laporan mereka tentang kematian Pengganas Azumudie di sini http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/newsindex.php?id=936295 dan lain-lain akhbar dan portal. Mereka  tidak ingin mengulas kenyataan pihak keselamatan, namun mereka akan terus memberikan sumber mereka sendiri.

Pada 9 Mac 2013 - Pasukan Keselamatan kita yang terdiri daripada pasukan VAT69, komando Angkatan Tentera Malaysia dan pasukan perisai tempur telah memasuki kawasan Kg. Tandou dan Kg. Tg. Batu dalam operasi 'searching' dan 'moping'.

10 Mac 2013 - Pertempuran berlaku di antara pasukan keselamatan kita dengan kira-kira 60 anggota pengawal peribadi Pengganas Azumuie. Terdapat kira-kira 4 dan 6 orang askar dari pasukan MNLF yang dipimpin oleh Nur Misuari. Nur Misuari hanya menghantar anggota terlatihnya untuk menjaga keselamatan Pengganas Azumudie.

Di samping itu, terdapat kira-kira 6 pengganas wanita, pada awalnya terdapat 10 orang wanita, tetapi 4 daripadanya telah terbunuh lebih awal.

Dalam pertempuran malam hari tersebut, 4 tentera MNLF telah mengkhianati Pengganas Azumudie apabila melarikan diri ke kawasan paya dan pantai pada tengah malam. Mereka membawa pengganas-pengganas wanita dan rakan-rakan mereka yang cedera, bersama sejumlah senjata.

Dengan bot berenjin dua (menggunakan enjin lori yang diubahsuai), mereka meluncur lari menuju ke kampung mereka di selatan Filipina.

11 Mac 2013 - Pasukan Tentera Filipina mengesahkan mereka berjaya memintas bot tersebut dan menahan kira-kira 38 Pengganas Kiram tersebut. Tiada Pengganas Azumuide ditemui dalam Bot itu. 

Tentera-tentera MNLF menyatakan Pengganas Azumuide sudah mati ditembak? Siapa Tembak Pengganas Azumuie? Sebelum ini, kami dimaklumkan pengawal elitnya, namun boleh jadi tentera MNLF yang dihantar Nur Misuari yang membunuhnya! Bukti di bawah...

JUMLAH SENJATA
Perkara yang tidak dinyatakan oleh pihak pasukan Tentera Filipina yang menahan 38 Pengganas Kiram ialah jumlah senjata yang mereka bawa bersama-sama semasa mereka melarikan diri.

Telah kami sebutkan sebelum ini, Pengganas Azumudie dikawal ketat oleh kira-kira 60 pengawal elitnya.

Dalam bot laju itu, 38 Pengganas Kiram itu turut membawa kira-kira 60 senjata M16, senapang patah, pistol, senjata tradisional seperti pisau dan parang.

Jumlah-jumlah senjata tersebut menunjukkan askar-askar MNLF yang melarikan diri itu, dan pengganas-pengganas yang cedera dalam bot tersebut telah meninggalkan Pengganas Azumudie yang cedera parah bersendirian dengan pengawalnya yang semakin sedikit. 

Kematian Pengganas Azumudie terjadi pada malam 10 Mac 2013 ketika dia dalam kecederaan melampau yang tidak boleh lagi diselamatkan, dia ditembak sama ada pengawal elitnya atau pengawal MNLF. Itu yang berlaku pada malam itu. 

Kami tidak ingin berbeza pandangan dengan pasukan keselamatan, namun kami ingin membantu dengan memberi sumber bukan tentera.

Sumber kami adalah rahsia!

Artikel berikutnya : Waris Pengganas Kiram yang mati terbunuh Menuntut Janji dan Wang Saguhati Dari Anwar Ibrahim !

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List