Tuesday, 5 March 2013

KRISIS LAHAD DATU BAGAIKAN DRAMA SINETRON BERSIRI FILIPINA?

-MUNGKIN BUAT PUAK YANG MENDAKWA DIRI MEREKA KETURUNAN KESULTANAN SULU , NYAWA RAKYAT MEREKA YANG TERKORBAN BOLEH DIANGGAPKAN SEPERTI "DRAMA-DRAMA" SAHAJA DEK PULUHAN TAHUN HIDUP DALAM SUASANA KEGANASAN, MEREMPAT & KEMUDARATAN BERBANDING DENGAN KAMI DI MALAYSIA INI YANG HIDUP CARA BERTAMADUN, MEMPUNYAI UNDANG-UNDANG BERPELEMBAGAAN YANG MENGHARGAI KEDAMAIAN & KEAMANAN .. SEBABLAH ITU KUMPULAN PENCEROBOH DI LAHAD DATU DI BERI TEMPOH TIGA MINGGU UNTUK BERFIKIR .. DAH ADA KEHILANGAN NYAWA NAK MENYALAHKAN ORANG PULAK? HOI PARE! INI BUKAN LAGI DRAMA .. INI REALITI .. HADAPILAH IA SEADANYA! KEKEKE!!!-

Aku bagaikan menonton sinetron bersiri Filipina apabila membaca laporan dimana balu kepada Mohd Mahakuttah Kiram iaitu Sultan Sulu ke-34 Sulu menyatakan keyakinannya yang pertempuran di Sabah adalah semata-mata hanya satu "drama" kerana untuk meneruskan tuntutan hak milik mereka ke atas Sabah bukan sebahagian dari rancangan mereka.

Belasan nyawa telah melayang boleh dianggap "drama" lagi? Apa ker kerabat mana-mana raja didunia ini yang waimanya dengan secara sengaja atau sebaliknya, berkata degan terbuka nyawa manusia, lebih-lebih lagi mereka yang diakui sebagai "rakyatnya" boleh "didrama-dramakan" begitu saja?

Punyalah ketara kerabat Kesultanan Sulu berkenaan iaitu memperkenalkan dirinya sebagai "Puteri Maryam Kiram" begitu terdesak dan hanya mahukan "keuntungan" sehinggakan beliau tanpa segan dan silu menguar-uarkan dia dengan rela hati menawarkan dirinya untuk menjadi "utusan kepada pihak-pihak yang berkenaan" kepada pemberita dalam satu sidang akhbar di Makati, Filipina semalam.

Maryam, yang mendakwa dirnya pernah menjadi "utusan" dalam situasi sedemikian sebelum ini malah begitu yakin beliau akan dapat mencapai satu  penyelesaian menang-menang bila bertemu nanti di meja rundingan untuk menyelesaikan semua perkara untuk kebaikan semua pihak. 

Maryam yang enggan mengulas lanjut apa yang beliau maksudkan terdahulu mengenai pertempuran di Sabah hanyalah sekadar "drama," cuma menyatakan "media" telah membesar-besarkan cerita.

Menyatakan yang dirinya mewakili Kesultanan Sulu, Maryam juga mendakwa telah menghubungi "pengawai-pegawai Malaysia" mengenai satu perjanjian mengenai kenaikan "sewa" bagi Sabah, beliau berkata mereka dalam proses rundingan untuk beberapa bentuk pampasan daripada keluarga Malaysia untuk membantu membangunkan tanah nenek moyang mereka.

Tu dia! .. Sedapkan drama ini, bagaikan boleh diagak-agak bagaimana jalan cerita "sinetron bersiri Kesultanan Sulu" ini kan? Jadi pencerobohan ini sebenarnya bukan untuk membela warga halau balik ke tempat asal dek siasatan RCI seperti yang didakwa oleh Ketua Kumpulan Penceroboh  Azzimudie Kiram iaitu adik kepada lelaki yang separuh buta yang mendakwa dirinya adalah Sultan Jamalul Kiram III waris Kesultanan Sulu.

Hoi sister .. Siapa yang nak berunding lagi? Siapa yang nak berjumpa? Siapa yang nak membayar pampasan

Koknya, mungkin mereka-mereka ini masih dibayangi kehidupan nenek moyang mereka terdahulu semasa masih menjadi Sultan Sulu yang senang lenang, kaya, berharta dan berkuasa namun untuk memiliki kembali sepertimana generasi terdahulu agak mustahil namun mereka tetap inginkan juga, tambahan pula mereka dikatakan telah "dibuka ruang oleh seseorang" yang berkepentingan untuk memiliki walaupun  bukan seluruh Sabah, tapi yang pastinya ianya jauh lebih dari apa yang mereka miliki kini.

Namun lakonan Maryam, tidak dapat menyamai lakonan yang tahap lebih bajingan dan gampang yang diperagakan oleh Ketua Pemisah Bangsamoro; Moro National Liberation Front (MNLF)  Nur Misuari yang telah menbuat gesaan agar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Kesatuan Negara-negara Islam Kerjasama Islam (OIC) untuk campur tangan dalam kemelut yang berlaku kini di Lahad Datu, Sabah di antara Malaysia dan kupulan yang yang mendakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu.

Mengapa gesaan tersebut dibuat pada tempoh tiga minggu yang sebelum ini sewaktu saudara-mara si Misuari termasuk orang tua yang mati di "keroyok" beramai-ramai oleh penduduk Kampung Senallang Lama beberapa hari lepas berkubu di Kampung Tandou?

Yang lebih menampakkan kejegilan dan berkemungkinan "mempunyai keadaan yang tidak begitu stabil" di bahagian kepalanya apabila pemimpin MNLF itu ketika membuat gesaan berkenaan juga turut meletakkan "syarat" yang agak "pelik" dimana kerajaan Filipina harus dikecualikan daripada apa jua bentuk perundingan yang dijangkanya akan berlaku.

Misuari yang kemudiannya, yang seakan secara tidak langsung mencabar kedaulatan Malaysia apabila turut membuat gesaan agar "merendah tona suara anda" kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak agar berhenti menghantar lebih banyak pasukan ke Sabah.

Mendakwa bahawa beliau dan puak adalah pemilik sebenar Sabah dan negeri Sarawak di Malaysia, Misuari juga dipetik sebagai berkata sejarah akan sejarah yang akan menunjukkan bahawa kedua-dua negeri adalah hak milik datuk kepada datuk moyangnya yang dulu.

Beliau menggesa PBB, melalui jawatankuasa mengenai hak asasi manusia dan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah, untuk menghantar wakil ke Sabah untuk melihat langkah-langkah yang sedang dijalankan oleh pasukan Malaysia menentang Filipina.

"Kesultanan Sulu mendakwa banyak Sabah, sekali dipanggil Borneo Utara, sebagai tanah nenek moyang, dan menerima bayaran tahunan kira-kira P70, 000 dari Malaysia. Kesultanan mahu pembayaran dinaikan."

Haaaaaaa .. kan dah ku katakan semuanya kerana Peso ... sekarang baru nak memikirkan saudara agama, mana pegangan seIslam, rasa persaudaraan serantau pada sanak saudara Misuari ketika menembak polis-polis kita?

"Darah saudara-saudara kita di Sabah adalah suci dan saya harap Najib tidak akan menganiaya orang awam kami di Sabah kerana ia akan mencetuskan masalah yang lebih besar dan ia akan mengheret kita ke dalam peperangan, dan saya tidak suka itu. Saya menyeru kepada Najib sila meredupkan suara anda. Semua kita mahukan keamanan. Kita tidak mahu perang. "

"Konflik Sabah boleh diselesaikan dengan cara yang "persaudaraan ... untuk kepentingan terbaik semua orang," katanya lagi sambil mendakwa cucu lelaki beliau ada pertalian saudara Perdana Menteri Malaysia.

"Sungguhpun mengakui bahawa beberapa orang-orang yang pergi ke Lahad Datu adalah saudara-mara dan ahli kumpulannya," Misuari tetap menafikan beliau ada terlibat menghasut mereka untuk terbabit dalam pencerobohan di Sabah itu.

"Bagaimana yang boleh? Saya berada di Afrika selama lebih daripada sebulan dengan isteri saya dan saya tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan langkah sultan," kata Misuari dengan nada yang sinis mengatakan , "ianya bukan cara saya yang cuma menghantar seramai 200 orang lelaki ke Sabah."

Mengenai Presiden Filipina Benigno Aquino yang dilaporkan telah berang kerana mensyaki terdapat beberapa pihak-pihak tertentu yang terlibat dalam kejadian Lahad Datu untuk mensabotaj proses damai dengan kumpulan pemisahan Barisan Pembebasan Islam Moro (MNLF), Misuari bagaikan memperolokkan Aquino dengan menyatakan hanya akan jadi bahan ketawa seluruh dunia.

"Saya kasihan Presiden kerana dia tersendiri sebenarnya tidak tahu apa yang dia cakapkan iaitu dia (Misuari) akan ditangkap kerana insiden Sabah," tegas Misuari tanpa menunjukkan sedikit pun rasa hormat kepada  Aquino yang sebelum ini telah menggambarkan tuntutan Filipina ke atas hak milik Sabah, yang ada kait Kesultanan Sulu, sebagai "tidak aktif dan sah."

"Mengapa pua mendakwa saya? Mengapa pula dia dipersalahkan kerana ini? Mereka juga menuduh saya yang membiayai rancangan ini tapi di mana saya akan mendapat wang untuk membiayai semua kosnya," katanya lagi.

Malaysia, jangan bayar satu sen pun kepada lanun-lanun Sulu ini yang mungkin rasa dengki dek rakyat negara inin menerima BR1M hampirdua kali setahun maka mereka mempergunakan cara yang moden untuk memeras ugut negara kita. 

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List