Tuesday, 5 March 2013

DUA PULUH PENCEROBOH LAHAD DATU TERBUNUH TERMASUK ADIK SULTAN KIRAM!

-WALAUPUN DISEBELAH PAGI SELEPAS JET-JET PEJUANG MALAYSIA MENYERANG KAWASAN DIMANA KUMPULAN TERSEBUT BERSEMBUNYI, MEDIA FILIPINA MELAPORKAN DENGAN RIAK YANG "TENTERA KIRAM TERSELAMAT SELEPAS PENGEBOMAN SABAH", ALLAH MAHA KAYA, MAHA PENYAYANG, MAHA  ADIL &  MEREDHAKAN AJAL MENIMPA MEREKA YANG BERNIAT "TIDAK BAIK" TERHADAP MALAYSIA & SETAKAT INI SERAMAI 20 MAYAT DITEMUI TERMASUK BEBERAPA ANGGOTA PENTING YANG MEMAINKAN PERANAN  DALAM KUMPULAN PENCEROBOH BERKENAAN TERMASUKLAH ADIK KEPADA KIRAM III YANG MENGAKU DIRINYA SULTAN SULU! AL-FATIHAH!-

Kira-kira 20 mayat pengganas penceroboh Sulu yang di ketuai oleh Agbimuddin Kiram, adik kepada Kiram III, lelaki yang mengaku dirinya Sultan Sulus sudah ditemuikan setakat ini setelah serangan udara yang dilancarkan oleh pasukan keselamatan ke atas kumpulan pengganas telah masih berkubu disekitar di tiga buah kampung berasingan di sini awal pagi. 

Serangan udara adalah jalan terakhir untuk menyelesaikan kemelut Lahad Datu selepas pelbagai usaha untuk memujuk kumpulan lelaki penceroboh Sulu yang dianggarkan seramai 200 orang lengkap bersenjatakan senjata api automatik dan pelancar bom selama tiga minggu gagal.

Disebalik layanan baik dan ruang toleransi yang ditunjukkan oleh kerajaan Malaysia ke atas kumpulan tersebut penceroboh berkenaan mengambil kesempatan ke atas budi bicara Malaysia dengan melakukan beberapa siri serangan yang sehingga kini telah mengorbankan tujuh orang anggota polis keselamatan kita.

Ucapan tahniah dan syabas kerana keberanian dan ketegasan Perdana Menteri Datuk Seri NajibTun Razak yang sendiri telah memberi kata dua kepada kumpulan tersebut agar menyerah diri atau menerima akibatnya namun penceroboh itu telah memilih sebaliknya.

Keputusan untuk menyerang dan memburu kumpulan penceroboh tersebut adalah wajar, kerana mereka telah diberi peluang begitu lama untuk berfikir dan demi melindungi rakyatnya sendiri, Malaysia berhak membuat serangan untuk menghapuskan kumpulan tersebut.

Sesiapa yang mempertikaikan tindakan pasukan keselamatan Malaysia melancarkan serangan secara besar-besaran secara hampir serentak di tiga lokasi berlainan yang telah dikenalpasti dimana kumpulan-kumpulan penceroboh bersenjata itu bersembunyi sepatutnya lebih peka kerana ianya telah didorongi oleh tindakan mereka sendiri yang seolah-olah mencabar Kedaulatan Malaysia.

Dalam serangan seawal 7.30 pagi tadi, sekurang-kurangnya lima jet pejuang Tentera Udara DiRaja Malaysia hanya mangambli masa tidak kurang dari setengah jam mengempur dan melepaskan bom pemusnah dibeberapa sasaran di di perkampungan Kampung Tanduo, Tanjung Labian dan Kampung Tanjung Batu.

Penceroboh yang dipercayai telah berpecah kepada tiga kumpulan yang lebih kecil dalam usaha untuk mengelirukan pihak polis sebaliknya dengan tepat bersembunyi diketiga kawasan tersebut yang jaraknya dalam lingkungan kurang 20 kilometer antara satu dengan lain, kata sumber sambil operasi pembersihan masih diteruskan bagi mencari saki-baki pengganas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail pada pagi tadi mengesahkan sehingga kini pasukan keselamatan masih tidak menemui mayat ketua penceroboh, Raja Muda Azzumudie dan pimpinan lain dalam serangan udara "Ops Sulu" yang dilancarkan ATM di Kg Tanduo pagi ini.

Adik kepada kepala lanun Sulu Azzumudie Kiram disahkan terbunuh dalam serangan pagi tadi manakala kira-kira 20 mayat pengganas Sulu setakat ini sudah ditemukan beberapa jam selepas serangan dilakukan oleh pasukan keselamatan ke atas kumpulan penceroboh itu dan operasi pembersihan masih diteruskan bagi mencari saki-baki pengganas.


Sebelum ini, 214 ahli Kumpulan penceroboh yang diketuai Agbimmudin berikrar untuk berjuang ke titisan darah yang terakhir biar pun di Malaysia demi "perjuangan" mereka yang kini lebih menampakkan keinginan ingin memeras keuntungan daripada Malaysia.

Namun di Filipina pula, media-media negara itu sebaliknya yang memetik jurucakap bagi Kesultanan Sulu dan Borneo Utara membuat laporan yang serangan udara yang dilancarkan oleh jet pejuang Malaysia di Lahad Datu, Sabah Spada awal pagi tadi ke atas kumpulan Agbimuddin tersasar.

Abraham Idjirani mendakwa Agbimuddin menghubunginya kira-kira jam 7:30am dan sekali lagi jam 9:30am sambil melaporkan bahawa angkatan tentera Malaysia dan komando polis menyerang kedudukan yang mereka sebelum mereka tia ditempat tersebut dan mengambarkan pasukan yang terkena bom  itu adalah tentera Malaysia sendiri.

"Sabi niya (Raja Muda) boleh umaaligid ng jet pejuang kagabi setahun. Lupa kawasan na iyon ay kung nasaan Malaysia. Dati si Raja Muda," kata Idjirani dalam bahasa ibundanya .

Terjemahan: .Agbimuddin (Raja Muda) memberitahu sebuah melintasi angkasa pada malam Isnin. Bom yang dijatuhkan dalam kawasan tentera Malaysia. Tempat di mana Raja Muda berada." 

"Nakubkob na iyon ng Malaysia. Jadi sila na ang nanoon. Jadi Sabi ni Raja Muda, bakit ganoon? Iyon ang pinagtataka namin." .

Terjemahan: "Mereka menyerang askar sendiri. Kerana mereka kecil (tidak pandai) beitu kata Raja Muda, tau mengapa? Sebab kita bersatu dan hebat."

"Hindi sila ang pinatatamaan. Ini boleh menjadi satu kejadian kebakaran mesra," sindir Idjirani.

Terjemahan: "Akibat salah sasaran. Kemungkinan ianya api kemesraan."

Idjirani berkata Agbimmudin dan orang-orangnya adalah selamat dan berkurung di dalam sebuah tempat yang jauh dari serangan udara.

Yakah Idjrani?, Sekarang aku nak tanya kau ada, "Hindi ito ang sabihin mo sa ang Raja Muda ng mahigit sa 20 ng kanilang mga miyembro ay namatay sa atake, kabilang ang kanyang sariling kapatid? Mayroon bang hindi na ngayon na siya na nagsasabi sa kanya at sa kanyang mga kasamahan tulad ng may hindi sapat na lupain sa Sabah dahil Ari escape laro ngayon! Kekeke!!!"

Terjemahan: Ada tak Raja Muda kau memberitahu yang lebih 20 anggota mereka telah terbunuh dalam serangan tersebut termasuk adiknya sendiri? Ada tak tak dia bagitahu sekarang ni dia dan rakan-rakannya bagai tak cukup tanah di Sabah sebab melarikan diri dari buruan sekarang! Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List