Wednesday, 6 March 2013

KRISIS LAHAD DATU, SALAH SATU MATLAMAT KIRAM III HANYALAH INGIN MEMERAS WANG DARI MALAYSIA!

-DIMALAYSIA, SPECIES MACAM HABIB HASYIM MUDJAHAB BERGELAR "TUKANG KARUT", BUKAN KERANA DIA KUAT MENCARUT TAPI SEMUA YANG DIKATANYA HANYA MENGARUT & MELALUT! SEPERTI MENDAKWA SERAMAI 10,000  ETHNIK FILIPINA SUDAH SIAP SIAGAM UNTUK MEMBAHAM MALAYSIA SEDANGKAN MAJORITI MASYARAKAT SULU SENDIRI TIDAK MENYOKONG NIAT & MEMBUAT TUNTUTAN KE ATAS SABAH KERANA IANYA AKAN MEMBERI IMPAK SUSULAN BUAT  MASYARAKAT SULU YANG TELAH LAMA MENETAP DISANA NAMUN, SATU DEMI SATU PETUNJUK SEBAB SEBENAR PENCEROBOHAN ITU DILANCARKAN! BUKAN KERANA NAK MENUNTUT HAK MILIK SABAH ATAU MELINDUNGI MASYARAKAT KAUM SULU DI SABAH TAPI KERANA TAMAKKAN KEBENDAAN! KEKEKE!!!-
Wanita Filipina yang berdemonstrasi menentang serangan kerajaan Malaysia ke atas kumpulan penceroboh sepatutnya berdemonstrasi lebih awal menggesa kumpulan penceroboh agar menerima  tawaran Malaysia supaya kembali ke negara sendiri secara aman. 

Dakwaan Pengerusi Jawatankuasa Majlis Agama Islam Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Habib Hashim Mudjahab sepertimana yang dilaporkan sebuah media berpengaruh Filipina; Philippine Daily Inquirer terdapat puluhan-ribuan pejuang kaum Tausug dari Basilan, Sulu dan Tawi-Tawi telah belayar ke Sabah bagi membantu pengikut Jamalul Kiram III adalah tidak benar.

Menurut laporan portal Mynewsub.my, sumber perisikannya yang telah mengesahkan dakwaan tersebut adalah tidak benar juga mendedahkan dari awal lagi mereka telah mensyaki dakwaan Habib Hashim Mudjahab itu tidak benar kerana ianya tidak berasas sama sekali.

“Kami tidak boleh lagi menghentikan kaum kami. Ramai antara kami yang marah dan kebanyakan mereka, termasuklah golongan bukan pejuang, akan pergi ke Sabah bagi membantu tentera Sultan Sulu di sana,” kata Habib dengan keyakinan.

Kata-kata Habib seolah memberi gambaran seluruh kaum-kau ethnik Filipina seperti Tausug, Sulu dan Tawi-Tawi berang dengan tindakan Malaysia memerangi kumpulan penceroboh yang sehingga kini telah membunuh tujuh anggota Polis DiRaja Malaysia sementara mereka sendiri telah kehilangan puluhan nyawa dari pertempuran yang tercetus dua tiga hari lepas.

Jika penceroboh tersebut menerima tawaran kerajaan Malaysia pasti, Marlina Utan dan kedua orang anaknya tidak akn kehilangan suami dan ayah yang disayangi Koperal Salam Togiran, 42, seorang daripada enam anggota polis yang terkorban dalam insiden serangan hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabtu lalu.
Dalam ertikata lain, Habib, iaitu rakan seperjuangan Agbimuddin Kiram yang mengetuai kumpulan penceroboh tersebut secara langsung cuba menghasut rakyat Sulu untuk bangkit memerangi Malaysia yang secara dasarnya dilihat, hanya cuba, mempertahankan kedaulatannya malahan Malaysia dilihat banyak memberi peluang dan ruang buat kumpulan penceroboh berfikir agar meniggalkan Sabah secara aman namun pilihan mereka adalah sebaliknya.

Pelbagai kata-kata hasutan yang bertujuan untuk mengapi-apikan perasaan rakyat seperti mendakwa, "Tentera Malaysia, akan tidak memberi peluang langsung kepada saudara-saudara kamu (kumpulan penceroboh) di Sabah sekarang malah mungkin akan terus dibunuh!," nyata tidak mudah dipercayai oleh kelompok rakyat yang cuba disasarkannya.

Satu demi terbunuh, Sabah seakan mengecil buat mereka! 
Sebenarnya, niat sebenar Habib cuba memberi gambaran kepada dunia seluruh institusi masyarakat Sulu diFilipina mengutuk serangan kerajaan Malaysia terhadap kumpulan penceroboh Sulu pagi semalam sehingga ianya benar-benar mencetuskan kemarahan pelbagai ethnik masyarakat Filipina Tausug Basilan, Sulu, Tawi-Tawi dan Zamboangagar.

Ianya diharapkan agar benar-benar dapat mengerahkan sejumah 10,000 "sukarelawan" agar menyertai dan membantu mana-mana anggota kumpulan pengikut Kiram III yang terselamat dalam serangan tersebut yang kini sedang giat diburu pihak polis secara besar-besaran dan kini dipercayai sedang bersembunyi sebuah kampung berdekatan sebuah laluan yang dikenali sebagai “southern backdoor” dengan harapan agar berpeluang dapat mencari jalan kembali dengan selamat ke Filipina.

Dengan kesungguhan untuk memberi keyakinanan sepenuhnya, Habib mendakwa "kumpulan-kumpulan bantuan" tersebut telah diarah agar belayar dalam kumpulan kecil supaya mudah bagi mereka untuk memasuki Sabah tanpa disedari.

“Sekatan tentera laut tidak akan memberikan apa-apa kesan kepada kami, kumpulan tentera sedar akan perkara itu. Kami telah berjaya melepasi sekatan mereka ketika rejim Marcos. Kami boleh memasuki Sabah dengan mudah dan tidak mendatangkan sebarang syak,” tambah Mudhajab.

Tak boleh, Dinda berenang le balik! Hello! Hello! Marah dia plak!
Beliau mengulas tentang sekatan tentera laut yang dilakukan oleh pasukan Tentera Laut Filipina dan Pengawal Pantai bagi memastikan tiada sesiapa pun yang akan membantu tentera Sultan Sulu yang kini berada di Sabah.

Beberapa hari lalu, Mudjahab berkata bahawa beliau telah menasihati beberapa komander MNLF supaya tidak ke Sabah bagi membantu sekumpulan 200 penceroboh di Lahad Datu yang tiba pada 9 Februari lalu bagi mendapatkan hak kesultanan di Sabah.

“Saya telah memberitahu mereka supaya tidak memberi sebarang arahan kepada pengikut mereka dan jaga emosi mereka terhadap perkara ini  tambahan Presiden Benigno Aquino III sering berpihak kepada Malaysia dan ini telah menaikkan kemarahan kaum kami dan Presiden perlu sedar bahawa kaum Tausug kini sedang ditindas, dan kami perlu bangkit,” hasut si Habib lagi.

Secara umumnya, kebanyakan rakyat dari negara-negera jiran serantau ini mengenali akan dasar yang diamalkan Malaysia iaitu menghormati semua jiran yang sedia ada dengan tidak mudah melenting jika menghadapi sesuatu isu agar tidak keadaan tidak bertambah keruh, malah akan cuba berkompromi dan bertolenrasi hanya kerana niat dan komitmen untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu.

Kesungguhan serta komitment Malaysia dalam menyelesaikan sebarang masalah baik di dalam dan luar negara dan seboleh-bolehnya mengelakkan sebarang konflik diperlihatkan oleh masyarakat Filipina dan dunia secara terus menerusi pengibatan Malaysia yang berjaya memujuk kedua entiti MILF dan MNLF yang bertelagahan untuk mematrikan perjanjian menyatukan mereka.

"Istana Menanti" Kiram III yang mengakui dirinya SultanSulu
Malah, terdapat keluhan-keluhan dari masyarakat Filipina yang menyuarakan rasa tidak puashati dengan tindakan kumpulan penceroboh yang begitu memalukan Filipina, dengan memberi gambaran secara umum negara mereka tiada budi perkerti, menghargai jiran-jiran dirantau malah sanggup melakukan perkara yang begitu keji, dari menceroboh sehinggalah membunuh orang-orang Malaysia."

Pencerobohan serta pembunuhan yang dilakukan kumpulan orang-orang Kiram tersebut di Sabah bagaikan mencontengkan arang dimuka mereka kerana menberi gambaran kepada dunia yang negara Filipina mempunyai rakyat yang tidak menghargai pertolongan negara-negara lagi sebagai contohnya Malaysia yang telah berjaya memujuk kedua entiti yang telah bertelagah selama ini,  MNLF & MILF untuk bersemuka, duduk semeja untuk mematari satu perjanjian perdamaian menyatukan kedua MNLF & MILF.

Malah ada segelintir masyarakat Sulu, setelah menyaksikan kejayaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengakhiri salah satu konflik yang berlarutan sudah sekian lama, menaruh harapan agar Najib boleh menjadi orang tengah membawa kerajaan Filipina dan Kesultanan Sulu ke meja rundingan agar entiti Kesultanan Sulu diiktirafan namun, perkara tersebut agak Najib dan Malaysia tidak sesekali akaan masuk campur dalam urusan dalaman lebih berkaitan dengan autonomi, mahupun perlembagaan sesebuah negara lain.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List