Thursday, 14 February 2013

AMALAN POLITIK EKSTRIM MELAMPAU PUNCA KEBIADAPAN TERHADAP UNDANG-UNDANG & INSTITUSI RAJA-RAJA

-MEMANG WUJUDNYA PENGARUH POLITIK YANG EKSTRIM & MELAMPAU YANG MAHUKAN INSTITUSI RAJA & KESULTANAN DIHAPUSKAN SECARA TERUS DINEGARA INI MAKA ITU, RAKYAT HARUS SEDAR & TIDAK BOLEH MEMBERI RUANG & PELUANG LANGSUNG AGAR "WABAK KEBIADAPAN" INI BOLEH MENULAR SERTA MEREBAK SEHINGGA MEMUSNAHKAN NEGARA INI!-

Punca utama yang mempengaruhi perbuatan-perbuatan seperti memandang rendah terhadap institusi kehakiman, penguatkuasaan undang-undang, mencabar pasukan polis, tidak menghormati pemimpin-pemimpin negara kita, Sultan bahkan kini sehingga sengaja berperangai biadap terhadap DYMM Raja Permaisuri Agung secara tidak langsung disebabkan oleh amalan politik yang ekstrim dan melampau.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata sebab itulah ianya amat penting, untuk mengelakkan dan membendung amalan politik yang ekstrim dan melampau kerana ia boleh mendatangkan bahana kepada masyarakat bahkan boleh menjurus kearah huru-hara yang hanya merosakkan masa depan negara.

"Insiden yang amat memalukan baru-baru ini, di mana seorang lelaki yang dikatakan telah menghina DYMM Raja Permaisuri Agung Ratu kita dengan menunjukkan isyarat tangan lucah kepada konvoi Baginda yang bergerak secara langsungnya merupakan satu penghinaan dan tindakan yang sungguh biadap terhadap institusi Raja dan Kesultanan negara kita."

Junaidi, yang juga Ahli Parlimen Santubong secara eksklusif ditemuramah UnReportedNews™® mengenai kejadian dimana seorang lelaki yang didakwa telah menunjukkan isyarat tangan lucah keadapa konvoi DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang Isnin lepas.

"Unsur-unsur (amalan politik ekstrim dan melampau) perlu dikikiskan dari fikiran masyarakat seperti kita di Malaysia ini yang mempunyai sistem demokrasi berparlimen dan Raja berperlembagaan yang digunapakaikan di negara ini."

"Saya amat yakin memang wujudnya pengaruh politik yang mempraktikkan amalan politik ekstrim dan melampau yang mengharapkan institusi Raja dan Kesultanan dihapuskan secara terus di negara kita ini sebab itulah, rakyat perlu sedar yang mereka tidak harus memberikan sebarang ruang dan peluang langsung kepada kumpulan yang pelampau ini agar dapat  menular, merebak luas seperti wabak mempengaruhi mereka yang lain kerana ianya akan memusnahkan negara ini," tambah beliau.

Junaidi, yang diiringi oleh isterinya Datin Hajah Feona Sim Abdullah telah ditemui selepas beliau menyampaikan Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) dalam satu majlis yang diadakan di dewan makan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama, Petra Jaya berhampiran bandaraya Kuching disini semalam.

Pada hari Isnin lepas sekitar jam 12:30 tengahari polis telah menahan seorang saspek lelaki Cina atas dakwaan menunjukkan isyarat tangan tangan lucah kepada konvoi kenderaan DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah yang bergerak melalui jalan berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL), Pulau Pinang dan samasa prosess penahanannya, saspek juga dikatakan ada mengeluarkan kata-kata berunsur perkauman iaitu, "Polis Melayu tiada hak menahannya (bangsa Cina)kerana Pulau Pinang adalah milik orang Cina!". (Sila klik sini

Saspek, 29-tahun yang kemudiannya dikenalpasti sebagai Leong Pei Koe yang berasal dari Sungai Pinang, Pulau Pinang seorang sarjana Heriot Walt University Scotland yang kini bekerja sebagai Quality Surveyor disebuah kilang di Singapura yang juga dikatakan adalah ahli parti DAP Pulau Pinang kemudiannya ditahan reman sehingga 14 Febuari 2013 untuk memudahkan siasatan lanjut di bawah 294 Seksyen Kod Keseksaan yang membawa maksimum tiga bulan penjara jika sabit kesalahan.

Leong
Sehubungan itu, Pengerusi cawangan Pulau Pinang Kerabat Pusaka Merong Wangsa Persatuan Malaysia Azhar Abdul Majid telah membuat laporan mengenai kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Barat Daya, Pulau Pinang menganggap perbuatan menunjukkan isyarat  tangan lucah kepada DYMM Raja Permaisuri Agong terlalu biadap sebab itulah mereka memohon agar pihak polis menyiasat kejadian itu kemudiannya membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan, sekiranya disabit kesalahan, kami berharap supaya pihabk mahkamah akan mengambil tindakan tegas dengan menghukum suspek untuk mencegah perkara sedimikain berulangnya lagi.

Namun semalam, Mahkamah Majistret Balik Pulau, Pulau Pinang yang dihakimi oleh Majistret Muhamad Hidayat Wahab cuma menjatuhkan hukuman penjara 30 hari dan denda RM8,000 ke atas Leong atas dua pertuduhan, membabitkan kesalahan menunjuk isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong dan anggota polis dalam insiden di LTABL tesebut.

Bukannya mempertikaikan hukuman yang sudah dijatuhi oleh pihak Mahkamah, namun persoalan kini, wajar Leong dilepaskan dengan hukuman yang dianggap begitu ringan jika dibandingkan dengan penghinaan yang telah dilakukannya terhadap institusi tertinggi bukan saja di Negara ini malah sesuatu ikon pemimpin Malaysia yang tertinggi darjatnya malah Baginda DYMM Raja Permaisuri Agong berdaulat bagi masyarakat Melayu khususnya hanya atas nas yang Leong tiada mempunyai rekod lampau, ujian air kencingnya negatif dan dia telah dipengaruhi oleh perasaan marah terhadap ayahnya pada ketika itu maka dia boleh meluahkan amarahnya dengan menghina DYMM Raja Permaisuri Agong?

Sekiranya kita ini masih di zaman kesultanan Melayu dulu, pasti pesalah seperti Leong ini akan dihukum bunuh namun disebabkan peredaran masa, hukuman sedemikian  sememangnyalah tidak relevant lagi  tapi hukuman tersebut seharusnya lebih berat dan tegas dari hukuman penjara 30 hari dan denda RM8,000 yang telah dijatuhi. 

-UnReportedNews™®

Artikel berkaitan: HOI DAP INGATLAH ASAL USUL SENDIRI!!!

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List